Skip to content

Seksyen 37

Representasi lisan

of Akta Persaingan 2010

ActIn forceProvision 37 of 67
Seksyen 37

Jika suatu perusahaan memberitahu Suruhanjaya, dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis yang diberikan di bawah seksyen 36

bahawa ia berhasrat untuk membuat suatu representasi lisan,

Suruhanjaya hendaklah, sebelum membuat apa-apa keputusan yang berkaitan—

(a)

memanggil suatu sesi bagi representasi lisan untuk diadakan pada suatu tarikh, masa dan di tempat yang ditentukan oleh Suruhanjaya; dan

(b)

memberikan notis bertulis tentang tarikh, masa dan tempat itu kepada—

(i)

perusahaan yang berkenaan;

(ii)

mana-mana orang yang telah membuat suatu aduan dengan Suruhanjaya berkenaan dengan amalan yang menjadi perkara penyiasatan Suruhanjaya;

dan

(iii)

mana-mana orang lain yang kehadirannya di sesi representasi lisan itu dianggap perlu oleh

Suruhanjaya.