Skip to content
In forceUpdated to 31 Dec 2025Read it in English

Bahagian IX · Penguatkuasaan

109. Section 109

Feedback & support
(1)

Jika suatu Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan mendapati bahawa terdapat suatu kebarangkalian munasabah bahawa mana-mana orang akan melanggar atau telah melanggar atau akan mungkir atau telah memungkiri atau berkemungkinan tidak mematuhi atau telah tidak mematuhi—

Kredit Pengguna 113

(a)

mana-mana peruntukan Akta ini;

(b)

mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah

Akta ini;

(c)

mana-mana perintah, arahan, standard atau garis panduan, syarat, sekatan, penentuan atau kehendak di bawah

Akta ini; atau

(d)

apa-apa tindakan yang diambil oleh Pihak Berkuasa

Pengawalseliaan dan Penyeliaan di bawah seksyen 106,

Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan boleh memulakan prosiding sivil di mahkamah untuk memohon apa-apa perintah yang ditentukan di bawah subseksyen 110(1) terhadap orang itu sama ada atau tidak orang itu telah dituduh dengan suatu kesalahan berkenaan dengan pelanggaran atau kemungkiran itu atau sama ada atau tidak suatu pelanggaran atau kemungkiran telah dibuktikan dalam suatu pendakwaan.

(2)

Bagi maksud seksyen ini—

(a)

Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan tidak termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan

Kos Sara Hidup; dan

(b)

prosiding sivil yang dimulakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan hendaklah di atas nama Kerajaan.

Report

Bahagian X

Peruntukan Am

Schedules