Skip to content
In forceUpdated to 31 Dec 2025Read it in English

Bahagian IX · Penguatkuasaan

111. Keterangan yang diperoleh dalam penyiasatan boleh digunakan dalam prosiding sivil

Feedback & support
(1)

Walau apa pun mana-mana undang-undang, apa-apa dokumen atau maklumat yang diperoleh oleh suatu Pihak Berkuasa

Pengawalseliaan dan Penyeliaan dalam melaksanakan kuasa penyiasatannya terhadap orang-orang berikut boleh digunakan oleh Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan itu dalam suatu tindakan penguatkuasaan sivil yang dimulakan oleh Pihak

Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan itu:

(a)

suatu pemberi kredit;

(b)

suatu pemberi perkhidmatan kredit;

(c)

mana-mana pengarah, pekongsi atau pegawai orang yang disebut dalam perenggan (a) atau (b);

(d)

mana-mana ejen orang yang disebut dalam perenggan (a)

atau (b); atau

(e)

mana-mana orang lain.

(2)

Bagi mengelakkan keraguan, apa-apa dokumen atau maklumat yang disebut dalam subseksyen (1) tidak boleh tidak diterima dalam mana-mana prosiding sivil di bawah Bahagian ini yang Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan ialah suatu pihak disebabkan hanya kerana Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan memperolehnya dalam melaksanakan kuasa penyiasatannya dan kebolehterimaan itu hendaklah ditentukan mengikut kaedah-kaedah keterangan di bawah mana-mana undang-undang.

(3)

Bagi maksud seksyen ini—

(a)

Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan tidak termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan

Kos Sara Hidup; dan

(b)

prosiding sivil yang dimulakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan hendaklah di atas nama Kerajaan.

Kredit Pengguna 119

Kesalahan jenayah

Report

Bahagian X

Peruntukan Am

Schedules