Akta Kredit Pengguna 2025 · Updated to 31 Dec 2025 · Bahagian IX · Penguatkuasaan
113. Kesalahan oleh mana-mana orang yang bertindak dalam keupayaan rasmi, dsb
Feedback & supportJika sesuatu kesalahan dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan atau yang tidak diperbadankan—
seseorang yang merupakan pengarahnya, pengawalnya, pegawainya atau pekongsinya, atau berupa sebagai bertindak dalam mana-mana keupayaan sedemikian; atau
seseorang yang berkenaan dalam pengurusan hal ehwalnya,
Undang-Undang Malaysia 120
pada masa kesalahan itu dilakukan adalah disifatkan sebagai telah melakukan kesalahan itu melainkan jika orang itu membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya atau tanpa persetujuan atau pembiarannya dan bahawa dia telah melaksanakan apa-apa usaha untuk mencegah pelakuan kesalahan itu sebagaimana yang patut dilaksanakan olehnya, dengan mengambil kira jenis fungsinya dalam keupayaan itu dan kepada hal keadaan itu.
Seseorang individu itu boleh didakwa untuk suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) walau apa pun pertubuhan perbadanan atau yang tidak diperbadankan itu tidak disabitkan dengan kesalahan sama ada atau tidak suatu pendakwaan telah dimulakan atau suatu sabitan telah diperoleh terhadap pertubuhan yang diperbadankan atau yang tidak diperbadankan itu.
Subseksyen (1) tidak boleh menjejaskan liabiliti jenayah pertubuhan perbadanan atau yang tidak diperbadankan bagi kesalahan yang disebut dalam subseksyen itu.