Skip to content
In forceUpdated to 31 Dec 2025Read it in English

Bahagian IX · Penguatkuasaan

114. Kesalahan oleh pekerja, pegawai, ejen, dsb

Feedback & support
(1)

Jika sesuatu kesalahan dilakukan oleh seorang pekerja, pegawai, pengarah, pekongsi, pengawal atau ejen seseorang, semasa penjalanan pekerjaan pekerja atau pegawai itu, semasa menjalankan fungsi sebagai pengarah atau pekongsi, semasa menjalankan fungsi sebagai pengawal atau apabila ejen itu bertindak bagi pihak orang itu, secara masing-masing, orang itu adalah disifatkan telah melakukan kesalahan itu dan boleh dikenakan penalti yang sama bagi kesalahan pekerjanya, pegawainya, pengarahnya, pekongsinya, pengawalnya atau ejennya.

(2)

Tiada apa-apa jua di bawah subseksyen (1) akan membebaskan seseorang pekerja, pegawai, pengarah, pekongsi, pengawal atau ejen daripada apa-apa tanggungan bagi sesuatu kesalahan.

Report

Bahagian X

Peruntukan Am

Schedules