Akta Kredit Pengguna 2025 · Updated to 31 Dec 2025 · Bahagian IX · Penguatkuasaan
110. Perintah oleh mahkamah
Feedback & supportMahkamah boleh, atas suatu permohonan oleh suatu
Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan di bawah seksyen 109, membuat satu atau lebih perintah yang berikut:
suatu perintah menghendaki orang itu untuk membayar suatu amaun yang tidak melebihi tiga kali ganda—
amaun kasar ganjaran yang diperoleh atau kehilangan yang dielakkan oleh orang itu berbangkit daripada pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu; atau
Undang-Undang Malaysia 114
amaun wang yang menjadi hal perkara pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan;
suatu perintah untuk menghendaki orang itu untuk membayar suatu penalti sivil dalam apa-apa amaun sebagaimana yang mahkamah berpendapat wajar setelah mengambil kira seriusnya atau beratnya pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu, tetapi dalam apa-apa keadaan tidak melebihi lima ratus ribu ringgit;
suatu perintah untuk—
menahan orang itu daripada terlibat dalam apa-apa kelakuan tertentu; atau
menghendaki pemberhentian pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu;
suatu perintah untuk mengarahkan—
seseorang itu untuk melakukan suatu perbuatan tertentu;
seseorang itu, atau mana-mana orang lain yang didapati terlibat dalam pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu untuk mengambil apa-apa langkah sebagaimana yang diarahkan oleh mahkamah untuk mengurangkan kesan pelanggaran, kemungkiran atau ketidapatuhan itu;
pemberi kredit atau pemberi perkhidmatan kredit itu untuk meremedi pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu termasuk membuat restitusi kepada mana-mana orang lain yang terkilan dengan pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu; atau
jika seseorang itu telah enggan atau tidak mematuhi tindakan yang diambil oleh Pihak Berkuasa
Pengawalseliaan dan Penyeliaan di bawah subseksyen 106(3), orang itu untuk mematuhi tindakan itu; dan
Kredit Pengguna 115
apa-apa perintah lain yang disifatkan wajar oleh mahkamah, termasuk perintah sampingan yang disifatkan perlu berikutan dengan pembuatan suatu perintah di bawah mana-mana peruntukan dalam subseksyen ini.
Jika suatu permohonan dibuat kepada suatu mahkamah bagi suatu perintah di bawah subseksyen (1), mahkamah boleh, jika disifatkannya wajar, sebelum mempertimbangkan permohonan itu, membuat suatu perintah interim daripada jenis perintah yang dipohon itu dan perintah itu hendaklah dinyatakan mempunyai kuat kuasa sementara menanti keputusan permohonan itu.
Mahkamah boleh membuat suatu perintah di bawah subseksyen (1) terhadap—
seseorang yang merupakan pengarah, pengawal, pegawai atau pekongsi, atau pernah berupa untuk bertindak dalam apa-apa keupayaan sedemikian; atau
seseorang yang berkenaan dalam pengurusan hal ehwal, suatu pertubuhan perbadanan atau yang tidak diperbadankan sekiranya pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan telah dilakukan oleh pertubuhan perbadanan atau pertubuhan yang tidak diperbadankan itu melainkan jika orang itu membuktikan bahawa pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu telah dilakukan tanpa keizinannya atau dibiarkan olehnya dan dia telah melaksanakan usaha sedemikian untuk mencegah pelakuan pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu sebagaimana yang patut dilaksanakan olehnya, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas keupayaan itu dan kepada hal keadaan itu.
Suatu perintah di bawah subseksyen (1) boleh dibuat terhadap suatu pertubuhan perbadanan atau yang tidak diperbadankan jika suatu pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan dilakukan oleh—
seseorang yang merupakan pengarah, pengawal, pegawai atau pekongsi pertubuhan perbadanan atau yang tidak diperbadankan itu, atau yang berupa untuk bertindak dalam apa-apa keupayaan sedemikian; atau
Undang-Undang Malaysia 116
seseorang yang berkenaan dalam pengurusan hal ehwal pertubuhan perbadanan atau yang tidak diperbadankan itu.
Apa-apa jumlah yang diperintahkan oleh mahkamah di bawah subperenggan (1)(d)(iii) hendaklah digunakan—
pertamanya, untuk membayar orang yang terkilan oleh pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan dalam hal perintah itu; dan
keduanya, untuk membayar Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan, termasuk apa-apa jumlah baki, untuk segala kos prosiding berkenaan dengan pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu.
Apa-apa jumlah yang diperintahkan oleh mahkamah di bawah subseksyen (1) selain subperenggan (1)(d)(iii), hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian—
kumpulan wang operasi Suruhanjaya Koperasi Malaysia jika permohonan itu dibuat oleh Suruhanjaya Koperasi
Malaysia;
Kumpulan Wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 26
jika permohonan itu dibuat oleh Suruhanjaya; atau
Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan jika permohonan itu dibuat oleh Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan
Penyeliaan yang lain.
Setakat amaun apa-apa bakal pengagihan di bawah subperenggan (1)(d)(iii) yang tidak dapat diagihkan oleh pemberi kredit atau pemberi perkhidmatan kredit itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, selepas usaha yang munasabah untuk memberitahu orang yang terkilan telah gagal oleh sebab kesulitan mengenal pasti atau memberitahu orang yang terkilan, pemberi kredit atau pemberi perkhidmatan kredit itu hendaklah menyerah simpan amaun itu dengan Pendaftar Wang Tak Dituntut mengikut peruntukan Akta Wang Tak Dituntut 1965.
Kredit Pengguna 117
Jika Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan membuat suatu permohonan bagi suatu perintah di bawah seksyen ini, mahkamah tidak boleh, sebagai suatu syarat bagi perintah itu diberikan, menghendaki apa-apa aku janji tentang ganti rugi yang kena diberikan oleh atau bagi pihak Pihak Berkuasa
Pengawalseliaan dan Penyeliaan itu.
Mana-mana orang yang tidak mematuhi suatu perintah mahkamah di bawah subseksyen (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Subseksyen (9) tidak menjejaskan kuasa mahkamah berhubung dengan hukuman menghina mahkamah.
Mahkamah boleh membatalkan atau mengubah suatu perintah yang dibuat olehnya di bawah seksyen ini atau menggantung kuat kuasa perintah itu.
Kuasa yang diberikan kepada mahkamah di bawah seksyen ini adalah sebagai tambahan kepada mana-mana kuasanya yang lain, dan tidak mengurangkan kuasanya yang lain yang diperuntukkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain.
Suatu permohonan yang dibuat di bawah seksyen ini—
boleh dimulakan pada bila-bila masa dalam masa enam tahun dari tarikh Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan
Penyeliaan menyedari tentang pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu; dan
tidak boleh menjejaskan apa-apa tindakan lain yang boleh diambil oleh Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan, orang yang terkilan, pemberi kredit atau pemberi perkhidmatan kredit, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain.
Bagi maksud seksyen ini—
Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan tidak termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan
Kos Sara Hidup; dan
Undang-Undang Malaysia 118
prosiding sivil yang dimulakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan hendaklah di atas nama Kerajaan.