Skip to content
In forceUpdated to 31 Dec 2025Read it in English

Bahagian IX · Penguatkuasaan

118. Kuasa untuk mengkompaun

Feedback & support
(1)

Menteri boleh, atas syor Suruhanjaya, dengan kelulusan

Pendakwa Raya, membuat peraturan-peraturan yang menetapkan—

(a)

apa-apa kesalahan di bawah Akta ini sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun; dan

(b)

kaedah dan tatacara untuk mengkompaun kesalahan itu.

(2)

Suatu Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan boleh, dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya, menawarkan secara bertulis untuk mengkompaun mana-mana kesalahan yang boleh dikompaun di bawah Akta ini dengan menerima daripada orang yang semunasabahnya disyaki telah melakukan kesalahan itu, apa-apa jumlah wang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum yang orang itu boleh bertanggungan jika dia telah disabitkan dengan kesalahan itu, dalam apa-apa masa sebagaimana yang ditentukan dalam tawaran itu.

(3)

Suatu tawaran di bawah subseksyen (2) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang ditentukan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang ditentukan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa tempoh yang dilanjutkan yang boleh diberikan oleh Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan

Penyeliaan, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.

(4)

Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (2), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu telah dibuat, dan apa-apa dokumen atau benda yang disita berkaitan dengan kesalahan itu boleh dilepaskan oleh

Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh

Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan.

(5)

Semua jumlah wang yang diterima di bawah subseksyen (2)

hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian—

(a)

kumpulan wang operasi Suruhanjaya Koperasi

Malaysia jika penawaran kompaun itu dibuat oleh

Suruhanjaya Koperasi Malaysia;

Kredit Pengguna 123

(b)

Kumpulan Wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 26

jika penawaran kompaun itu dibuat oleh Suruhanjaya;

atau

(c)

Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan jika penawaran kompaun itu dibuat oleh Pihak Berkuasa Pengawalseliaan dan Penyeliaan yang lain.

Pemulaan pendakwaan

Report

Bahagian X

Peruntukan Am

Schedules