Counsellors Act 1998 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian IV · Pendaftaran Kaunselor dan Perakuan Amalan
19. Daftar Kaunselor
Feedback & supportPendaftar hendaklah menyimpan dan menyenggara suatu daftar yang disebut Daftar Kaunselor.
Daftar hendaklah disimpan dalam apa-apa bentuk dan pada apa-apa bahan sebagaimana yang ditetapkan.
Daftar hendaklah terbuka untuk diperiksa oleh orang ramai mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri melalui peraturan-peraturan.
Undang-Undang Malaysia
AKTA 580 16
Pendaftar boleh, dengan mendapat kelulusan Lembaga terlebih dahulu, membuat pindaan kepada Daftar bagi maksud membetulkan apa-apa kesalahan atau mengemaskinikan apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya; dan hendaklah menyiarkan dalam Warta nama dan alamat kaunselor berdaftar yang terlibat dengan pindaan sedemikian.