Counsellors Act 1998 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian IV · Pendaftaran Kaunselor dan Perakuan Amalan
26. Pendaftaran
Feedback & supportApabila diterima suatu permohonan di bawah seksyen 25,
Lembaga hendaklah menimbangkan permohonan itu.
Jika Lembaga memutuskan untuk mendaftarkan pemohon, ia hendaklah mengarahkan Pendaftar supaya memasukkan nama dan butir-butir pemohon dalam Daftar dan mengeluarkan suatu perakuan pendaftaran kepada pemohon.
Presiden hendaklah menandatangani tiap-tiap catatan yang dibuat dalam Daftar.
Pendaftar hendaklah menyiarkan dalam Warta nama dan alamat tiap-tiap orang yang nama dan butir-butirnya telah dicatatkan dalam Daftar di bawah subseksyen (2).
Jika Lembaga enggan mendaftarkan pemohon, Pendaftar hendaklah dengan segera menyampaikan suatu notis mengenai keengganan Lembaga kepada pemohon.
Seseorang pemohon yang terkilan dengan keengganan
Lembaga untuk mendaftarkannya boleh merayu secara bertulis
Kaunselor 19
kepada Menteri dalam masa dua puluh satu hari dari tarikh notis tentang keengganan itu disampaikan kepadanya.
Keputusan Menteri adalah muktamad.