Counsellors Act 1998 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian IV · Pendaftaran Kaunselor dan Perakuan Amalan
28. Perakuan amalan dwitahunan
Feedback & supportSeseorang kaunselor yang didaftarkan di bawah seksyen 26 dan berhasrat untuk menjalankan amalan sebagai kaunselor hendaklah membuat suatu permohonan, dalam borang yang ditetapkan, dalam tempoh satu bulan dari tarikh perakuan pendaftaran itu dikeluarkan kepadanya di bawah subseksyen 26(4), bagi suatu perakuan amalan dwitahunan.
Tiap-tiap permohonan bagi perakuan amalan dwitahunan hendaklah disertakan dengan fi yang ditetapkan dan hendaklah mengandungi—
alamat tempat utama, dan tempat lain, di mana kaunselor berdaftar itu berhasrat untuk menjalankan amalan sebagai kaunselor;
alamat kaunselor berdaftar itu bagi surat-menyurat.
Apabila diterima suatu permohonan di bawah subseksyen
, Lembaga boleh mengeluarkan suatu perakuan amalan dwitahunan
Kaunselor 21
kepada pemohon yang membenarkan pemohon menjalankan amalan sebagai kaunselor di tempat yang dinyatakan dalam perakuan itu dalam tempoh dua tahun yang baginya perakuan amalan dwitahunan itu dikeluarkan.
Walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan dalam Akta ini, seseorang kaunselor berdaftar yang telah membuat suatu permohonan di bawah subseksyen (1) boleh menjalankan amalan sebagai kaunselor tanpa perakuan amalan dwitahunan mulai dari hari permohonannya di bawah subseksyen itu diterima oleh Lembaga sehingga hari perakuan amalan dwitahunan itu dikeluarkan kepadanya di bawah subseksyen (2), dan, bagi maksud Akta ini dan mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, dia hendaklah disifatkan telah mempunyai suatu perakuan amalan dwitahunan dalam tempoh itu.
Sesuatu perakuan amalan dwitahunan boleh dibaharui apabila permohonan dibuat kepada Lembaga dalam borang yang ditetapkan tidak kurang daripada tiga puluh hari sebelum tarikh perakuan itu habis tempoh.
Sesuatu permohonan yang dibuat lewat daripada tempoh yang disebut dalam subseksyen (5) tidak boleh dibenarkan melainkan jika fi tambahan yang ditetapkan sudah dibayar.
Subseksyen (2) dan (3) hendaklah terpakai bagi sesuatu permohonan bagi pembaharuan suatu perakuan amalan dwitahunan sebagaimana ia terpakai bagi suatu permohonan baru.