Counsellors Act 1998 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian IV · Pendaftaran Kaunselor dan Perakuan Amalan
20. Pengeluaran dari Daftar kerana kematian, dsb
Feedback & support(1)
Lembaga boleh, jika ia berpuas hati bahawa seseorang kaunselor berdaftar—
(a)
sudah mati;
(b)
sudah menjadi tidak berupaya melaksanakan kewajipan profesionalnya sebagai kaunselor akibat kelemahan fizikal atau mental;
(c)
tidak membaharui perakuan pendaftaran sementaranya atau perakuan amalannya dalam masa empat tahun dari tarikh habis tempohnya, memerintahkan Pendaftar mengeluarkan nama dan butir-butir yang berhubungan dengan kaunselor berdaftar itu dari Daftar.
(2)
Pendaftar hendaklah menyiarkan dalam Warta nama tiap-tiap orang yang dikeluarkan dari Daftar di bawah subseksyen (1).