Counsellors Act 1998 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian IV · Pendaftaran Kaunselor dan Perakuan Amalan
21. Kemasukan semula
Feedback & support(1)
Lembaga hendaklah, atas permohonan mana-mana orang yang namanya telah dikeluarkan atas alasan yang dinyatakan dalam perenggan 20(1)(c), memasukkan namanya semula dalam Daftar.
(2)
Tiap-tiap permohonan bagi kemasukan semula hendaklah dibuat dalam borang yang ditetapkan dan disertakan dengan fi yang ditetapkan.
(3)
Lembaga hendaklah, atas permohonan mana-mana orang yang telah dimasukkan semula di bawah subseksyen (1), mengeluarkan kepadanya suatu perakuan amalan di bawah subseksyen 27(4) atau 28(3) seolah-olah permohonan sedemikian telah dibuat di bawah subseksyen 27(2) atau subseksyen 28(1), mengikut mana-mana yang berkenaan.
Kaunselor 17