Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Bahagian IV · Pendaftaran Kaunselor dan Perakuan Amalan

29. Perakuan hendaklah dipamerkan

Feedback & support
(1)

Tiap-tiap kaunselor berdaftar hendaklah mempamerkan, di bahagian yang mudah dilihat di premis yang dia menjalankan amalan sebagai kaunselor, suatu salinan perakuan pendaftarannya atau perakuan pendaftaran sementaranya, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan perakuan amalannya.

(2)

Jika seseorang kaunselor berdaftar menjalankan amalan sebagai kaunselor di lebih daripada satu premis, dia hendaklah menyebabkan suatu salinan perakuan pendaftaran atau perakuan pendaftaran sementara, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan perakuan amalan, dipamerkan di bahagian yang mudah dilihat di setiap premis itu.

(3)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (2)

melakukan suatu kesalahan.

Undang-Undang Malaysia

AKTA 580 22

(4)

Mana-mana orang yang mempamerkan, atau membenarkan untuk dipamerkan, di mana-mana premis, suatu perakuan pendaftaran atau perakuan pendaftaran sementara atau suatu perakuan amalan, atau suatu salinan mana-mana perakuan itu, yang mengandungi nama atau gambarnya pada bila-bila masa, sedangkan namanya tidak ada dalam Daftar atau dia tidak memegang suatu perakuan pendaftaran atau perakuan pendaftaran sementara yang sah, mengikut mana-mana yang berkenaan, atau suatu perakuan amalan melakukan suatu kesalahan.

Report

Bahagian V

Pertubuhan Perbadanan Menjalankan Amalan Sebagai Kaunselor

Bahagian VI

Prosiding Tatatertib

Bahagian VII

Kesalahan dan Penalti

Bahagian VIII

Pelbagai

Schedules