Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Bahagian IV · Pendaftaran Kaunselor dan Perakuan Amalan

30. Perubahan, atau tambahan, tempat amalan

Feedback & support
(1)

Jika—

(a)

terdapat perubahan alamat premis yang dinyatakan dalam perakuan amalan di mana seseorang orang berdaftar menjalankan amalan sebagai kaunselor; atau

(b)

seseorang orang berdaftar yang menjalankan amalan sebagai kaunselor di mana-mana premis sebagai tambahan kepada premis yang dinyatakan dalam perakuan amalannya, dia hendaklah, dalam masa tiga puluh hari dari perubahan atau tambahan sedemikian, memberitahu Pendaftar secara bertulis tentang perubahan atau tambahan itu.

(2)

Tiap-tiap pemberitahuan di bawah subseksyen (1) hendaklah disertakan dengan—

(a)

butir-butir mengenai perakuan pendaftaran atau perakuan pendaftaran sementara, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan

(b)

perakuan amalan, kaunselor berdaftar itu.

(3)

Pendaftar boleh menghendaki kaunselor berdaftar mengemukakan apa-apa maklumat sebagaimana yang difikirkannya perlu tentang premis yang disebut dalam subseksyen (1) dan orang berdaftar itu hendaklah mematuhi kehendak itu.

(4)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1), (2) atau

(3)

melakukan suatu kesalahan.

Kaunselor 23

(5)

Pendaftar hendaklah mengendorskan alamat baru atau alamat premis baru yang kaunselor berdaftar itu menjalankan amalan sebagai kaunselor pada perakuan amalan kaunselor berdaftar itu dan mengembalikan perakuan itu kepada kaunselor berdaftar itu.

Report

Bahagian V

Pertubuhan Perbadanan Menjalankan Amalan Sebagai Kaunselor

Bahagian VI

Prosiding Tatatertib

Bahagian VII

Kesalahan dan Penalti

Bahagian VIII

Pelbagai

Schedules