Counsellors Act 1998 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian IV · Pendaftaran Kaunselor dan Perakuan Amalan
27. Pendaftaran sementara
Feedback & supportMana-mana orang yang bukan warganegara Malaysia dan bukan juga pemastautin tetap Malaysia yang berhasrat untuk menjalankan amalan sebagai kaunselor di Malaysia boleh memohon dalam borang yang ditetapkan bagi pendaftaran sementara.
Sesuatu permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah disertakan dengan suatu permohonan bagi perakuan amalan dan fi yang ditetapkan.
Apabila diterima sesuatu permohonan di bawah subseksyen
, Lembaga hendaklah menimbangkan permohonan itu dan boleh membenarkan pemohon didaftarkan sementara jika Lembaga berpuas hati bahawa—
dia didaftarkan atau dilesenkan sebagai kaunselor, atau selainnya dibenarkan oleh undang-undang untuk menjalankan amalan sebagai kaunselor, dalam negara di mana dia biasanya menjalankan amalan sebagai kaunselor;
dia memiliki kepakaran kaunseling; dan
kehadiran fizikalnya dikehendaki di Malaysia selama tidak kurang daripada satu ratus lapan puluh hari dalam satu tahun kalendar bagi maksud mengadakan perkhidmatan kaunseling atau dia ialah wakil pemastautin bagi komponen asing suatu usaha sama bagi maksud itu.
Jika Lembaga membenarkan seseorang pemohon didaftarkan sementara, ia hendaklah mengarahkan Pendaftar supaya mengeluarkan kepada pemohon suatu perakuan pendaftaran sementara dan suatu perakuan amalan.
Jika Lembaga enggan mendaftarkan pemohon, Pendaftar hendaklah dengan segera menyampaikan suatu notis mengenai keengganan Lembaga kepada pemohon.
Seseorang pemohon yang terkilan dengan keengganan
Lembaga untuk mendaftarkannya boleh merayu secara bertulis
Undang-Undang Malaysia
AKTA 580 20
kepada Menteri dalam masa dua puluh satu hari dari tarikh notis tentang keengganan itu disampaikan kepadanya.
Keputusan Menteri adalah muktamad.
Sesuatu perakuan pendaftaran sementara dan sesuatu perakuan amalan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (4) hendaklah sah selama tempoh dua belas bulan dari tarikh perakuan itu dikeluarkan.
Sesuatu perakuan pendaftaran sementara dan sesuatu perakuan amalan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (4) boleh dibaharui apabila permohonan dibuat kepada Lembaga dalam borang yang ditetapkan tidak kurang daripada tiga puluh hari sebelum tarikh perakuan itu habis tempoh.
Tiap-tiap permohonan yang dibuat di bawah subseksyen
hendaklah disertakan dengan fi yang ditetapkan dan apa-apa dokumen dan maklumat sebagaimana yang dikehendaki oleh
Lembaga.