Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010 · Updated to 1 Nov 2024 · Bahagian V · Penjalanan Perniagaan Agensi Pelaporan Kredit
23. Notis kepada pelanggan mengenai pemprosesan maklumat kredit
Feedback & supportSuatu agensi pelaporan kredit hendaklah melalui notis bertulis memaklumkan seorang pelanggan—
bahawa maklumat kredit mengenai pelanggan itu sedang diproses oleh atau bagi pihak agensi pelaporan kredit itu, dan hendaklah memberikan suatu perihalan mengenai maklumat kredit itu kepada pelanggan itu;
mengenai maksud yang baginya maklumat kredit itu sedang atau akan diproses;
mengenai apa-apa maklumat yang ada pada agensi pelaporan kredit tentang sumber maklumat kredit itu;
mengenai cara bagaimana untuk menghubungi agensi pelaporan kredit mengenai apa-apa pertanyaan atau aduan berkenaan dengan maklumat kredit dan mengenai hak pelanggan untuk meminta akses kepada dan untuk meminta pembetulan terhadap maklumat kredit itu;
mengenai orang yang melanggan atau orang lain yang kepadanya agensi pelaporan kredit itu menzahirkan atau boleh menzahirkan maklumat kredit itu;
mengenai pilihan dan cara yang ditawarkan oleh agensi pelaporan kredit itu kepada pelanggan bagi mengehadkan pemprosesan maklumat kredit, termasuk maklumat kredit yang berhubungan dengan orang lain yang boleh dikenal pasti daripada maklumat kredit itu;
sama ada wajib atau sukarela bagi pelanggan itu untuk memberikan maklumat kredit itu;
jika wajib bagi pelanggan itu untuk memberikan maklumat kredit, akibat terhadap pelanggan itu jika dia tidak memberikan maklumat kredit itu; dan
Undang-Undang Malaysia 30
mengenai suatu ringkasan tentang hak pelanggan sebagaimana yang terkandung dalam Ringkasan Hak.
Notis di bawah subseksyen (1) hendaklah diberikan kepada pelanggan secepat yang dapat dilaksanakan—
apabila agensi pelaporan kredit itu mula-mula mengumpul maklumat kredit pelanggan itu; atau
apabila pelanggan mula-mula diminta untuk memberikan maklumat kreditnya kepada agensi pelaporan kredit itu, dan notis tersebut hendaklah dalam bahasa kebangsaan dan bahasa
Inggeris.
Jika agensi pelaporan kredit mempunyai suatu laman web, agensi pelaporan kredit itu hendaklah memaparkan dengan jelas dalam laman webnya suatu pernyataan yang menghuraikan maksud yang baginya agensi itu mengumpul maklumat kredit itu dan maksud yang baginya maklumat kredit itu akan diproses selanjutnya.
Sesuatu agensi pelaporan kredit yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.