Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2024Read it in English

Bahagian V · Penjalanan Perniagaan Agensi Pelaporan Kredit

27. Obligasi orang yang melanggan, dsb

Feedback & support
(1)

Mana-mana orang yang melanggan atau orang lain, termasuk orang yang memberikan perkhidmatan kepada sesuatu agensi pelaporan kredit, yang mempunyai akses kepada maklumat kredit yang diproses oleh agensi pelaporan kredit itu hendaklah mengambil langkah yang sewajarnya untuk memelihara maklumat kredit itu daripada apa-apa akses, penggunaan, ubah suaian atau penzahiran yang tidak dibenarkan atau yang tidak wajar, termasuk—

(a)

membangunkan dasar dan tatacara bertulis yang hendak diikuti oleh pekerja, ejen dan kontraktornya;

(b)

mewujudkan kawalan, termasuk—

(i)

penggunaan kata laluan, token tauliah, tandatangan digital atau mekanisme lain; dan

(ii)

pengenalan pengguna;

(c)

memberikan maklumat dan latihan untuk memastikan pematuhan dasar, tatacara dan kawalan itu;

(d)

memantau penggunaan dan menyemak secara kerap pematuhan dasar, tatacara dan kawalan itu;

Undang-Undang Malaysia 36

(e)

mengambil tindakan yang sewajarnya berhubung dengan pelanggaran yang dikenal pasti terhadap dasar, tatacara dan kawalan itu; dan

(f)

menyenggarakan log mengenai semua akses, pindaan dan jejak audit kepada maklumat kredit yang diberikan kepadanya oleh agensi pelaporan kredit itu.

(2)

Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Report

Bahagian VI

Pemeriksaan, Aduan dan Penyiasatan

Bahagian VII

Penguatkuasaan

Bahagian VIII

Pelbagai

Bahagian IX

Peruntukan Kecualian dan Peralihan

Schedules