Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2024Read it in English

Bahagian V · Penjalanan Perniagaan Agensi Pelaporan Kredit

24. Penzahiran maklumat kredit

Feedback & support
(1)

Tiada agensi pelaporan kredit boleh menzahirkan apa-apa maklumat kredit bagi apa-apa maksud atau kepada mana-mana orang melainkan jika—

(a)

pelanggan telah memberikan persetujuannya terhadap penzahiran itu;

(b)

penzahiran itu perlu bagi maksud menghalang atau mengesan jenayah atau bagi maksud penyiasatan; atau

(c)

penzahiran itu dikehendaki atau dibenarkan oleh atau di bawah mana-mana undang-undang, atau oleh perintah mahkamah.

Agensi Pelaporan Kredit 31

(2)

Tertakluk pada subseksyen (3), jika suatu agensi pelaporan kredit telah mendapatkan persetujuan pelanggan di bawah perenggan (1)(a), agensi itu tidak boleh menzahirkan maklumat kredit itu—

(a)

bagi apa-apa maksud lain selain maksud yang baginya;

atau

(b)

kepada mana-mana orang lain selain orang yang kepadanya, pelanggan itu telah memberikan persetujuan di bawah perenggan itu.

(3)

Jika suatu agensi pelaporan kredit berniat untuk menzahirkan maklumat kredit—

(a)

bagi apa-apa maksud lain selain maksud yang baginya pelanggan telah memberikan persetujuan di bawah perenggan (1)(a); atau

(b)

kepada mana-mana orang lain selain orang yang kepadanya pelanggan telah memberikan persetujuan di bawah perenggan (1)(a), agensi pelaporan kredit itu hendaklah mendapatkan persetujuan pelanggan di bawah perenggan (1)(a) untuk menzahirkan maklumat kredit itu bagi maksud lain itu atau kepada orang lain itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(4)

Sesuatu agensi pelaporan kredit yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Report

Bahagian VI

Pemeriksaan, Aduan dan Penyiasatan

Bahagian VII

Penguatkuasaan

Bahagian VIII

Pelbagai

Bahagian IX

Peruntukan Kecualian dan Peralihan

Schedules