Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2024Read it in English

Bahagian V · Penjalanan Perniagaan Agensi Pelaporan Kredit

25. Penzahiran yang dilarang dalam laporan kredit

Feedback & support
(1)

Tertakluk pada seksyen 24, suatu agensi pelaporan kredit tidak boleh memasukkan mana-mana yang berikut dalam suatu laporan kredit:

(a)

apa-apa maklumat melainkan jika maklumat itu termasuk nama dan alamat sumber maklumat kredit itu;

Undang-Undang Malaysia 32

(b)

apa-apa maklumat melainkan jika identiti pelanggan dapat dikenal pasti;

(c)

apa-apa maklumat berhubung dengan kebankrapan seseorang dua tahun selepas tarikh pelepasannya daripada kebankrapan itu;

(d)

apa-apa maklumat berhubung dengan suatu tindakan kewangan dalam mahkamah terhadap seseorang yang lebih daripada dua tahun selepas tarikh permulaan prosiding itu, melainkan jika status semasa mengenai tindakan mahkamah itu telah dipastikan dan dimasukkan ke dalam laporan kredit itu; dan

(e)

apa-apa maklumat berhubung dengan apa-apa kemungkiran dalam pembayaran balik kredit dua tahun selepas tarikh penyelesaian muktamad akan amaun yang dimungkiri, termasuk penyelesaian amaun yang kena dibayar menurut suatu skim perkiraan dengan pemberi kredit.

(2)

Sesuatu agensi pelaporan kredit yang melanggar subseksyen (1)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Report

Bahagian VI

Pemeriksaan, Aduan dan Penyiasatan

Bahagian VII

Penguatkuasaan

Bahagian VIII

Pelbagai

Bahagian IX

Peruntukan Kecualian dan Peralihan

Schedules