Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010 · Updated to 1 Nov 2024 · Bahagian V · Penjalanan Perniagaan Agensi Pelaporan Kredit
28. Tindakan kredit yang tidak memuaskan
Feedback & supportJika pemberi kredit telah mengambil suatu tindakan kredit yang tidak memuaskan terhadap seorang pelanggan berdasarkan suatu laporan kredit, pemberi kredit itu hendaklah, apabila diminta oleh pelanggan itu, menzahirkan kepada pelanggan itu—
(a)
bahawa tindakan kredit yang tidak memuaskan itu adalah berasaskan laporan kredit yang diberikan oleh suatu agensi pelaporan kredit; dan
(b)
identiti agensi pelaporan kredit yang daripadanya laporan kredit itu diperoleh yang mengakibatkan tindakan kredit yang tidak memuaskan itu.