Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2024Read it in English

Bahagian V · Penjalanan Perniagaan Agensi Pelaporan Kredit

29. Ketepatan maklumat kredit

Feedback & support
(1)

Sesuatu agensi pelaporan kredit tidak boleh menggunakan atau memproses selanjutnya apa-apa maklumat kredit tanpa mengambil apa-apa langkah yang munasabah dalam hal keadaan itu untuk memastikan bahawa maklumat kredit itu adalah tepat, terkini, lengkap, berkaitan dan tidak mengelirukan.

(2)

Sesuatu agensi pelaporan kredit hendaklah, apabila mengusahakan suatu perbandingan maklumat kredit dalam kawalannya dengan apa-apa maklumat kredit lain bagi maksud menghasilkan atau menentusahkan maklumat mengenai seorang pelanggan yang boleh dikenal pasti, mengambil apa-apa langkah yang dapat dilaksanakan dengan munasabah untuk mengelakkan pemadanan maklumat kredit yang salah.

Agensi Pelaporan Kredit 37

(3)

Tanpa mengehadkan keluasan subseksyen (1), sesuatu agensi pelaporan kredit hendaklah—

(a)

mewujudkan dan menyenggarakan kawalan untuk memastikan bahawa, setakat yang dapat dilaksanakan dengan munasabah, hanya maklumat kredit yang tepat, terkini, lengkap, berkaitan dan tidak mengelirukan digunakan atau diproses selanjutnya;

(b)

memantau maklumat kredit untuk memastikan bahawa maklumat kredit itu adalah tepat, terkini, lengkap, berkaitan dan tidak mengelirukan; dan

(c)

menjalankan penyemakan secara kerap terhadap pematuhan kawalan itu.

(4)

Sesuatu agensi pelaporan kredit yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Report

Bahagian VI

Pemeriksaan, Aduan dan Penyiasatan

Bahagian VII

Penguatkuasaan

Bahagian VIII

Pelbagai

Bahagian IX

Peruntukan Kecualian dan Peralihan

Schedules