Akta Pergigian 2018 · Updated to 26 Jun 2018 · Bahagian IX · Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan
100. Section 100
Feedback & supportPemansuhan di bawah seksyen 93 mahupun apa-apa yang terkandung dalam Akta ini tidak boleh menjejaskan apa-apa liabiliti seseorang untuk didakwa atau dihukum bagi kesalahan yang dilakukan di bawah Akta dimansuhkan sebelum tarikh ditetapkan dan pendakwaan bagi kesalahan itu hendaklah dibawa mengikut
Akta dimansuhkan.
Apa-apa prosiding, sama ada sivil atau jenayah, kausa tindakan atau tindakan tatatertib yang sedang menunggu keputusan atau telah diwujudkan di hadapan Jawatankuasa Penyiasatan
Permulaan, Majlis atau mana-mana mahkamah sebaik sebelum tarikh ditetapkan oleh atau terhadap Majlis dibubarkan atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Majlis dibubarkan boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Majlis yang ditubuhkan oleh Akta ini oleh atau terhadap Majlis dibubarkan atau orang itu seolah-olah Akta ini tidak diperbuat.
Apa-apa rayuan yang dibawa atau apa-apa kebenaran untuk merayu yang dipohon pada atau selepas tarikh ditetapkan terhadap suatu keputusan yang diberikan sebaik sebelum tarikh ditetapkan dalam mana-mana prosiding undang-undang yang Majlis dibubarkan menjadi suatu pihak kepadanya boleh dibawa oleh atau terhadap
Majlis yang ditubuhkan oleh Akta ini.