Skip to content
In forceUpdated to 26 Jun 2018Read it in English

Bahagian IX · Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

97. Section 97

Feedback & support
(1)

Walau apa pun pemansuhan dan pembubaran di bawah seksyen 93 atau apa-apa peruntukan Akta ini yang berlawanan, tiap-tiap orang yang, sebelum tarikh ditetapkan memegang suatu

Undang-Undang Malaysia 76

perakuan pengamalan yang sah yang dikeluarkan kepadanya di bawah Akta dimansuhkan hendaklah, pada tarikh ditetapkan, disifatkan mempunyai perakuan pengamalan di bawah Akta ini bagi baki tahun yang Akta ini mula berkuat kuasa dan hendaklah tertakluk kepada terma dan syarat yang dikenakan oleh Majlis yang ditubuhkan oleh Akta ini.

(2)

Peruntukan Akta ini yang berhubungan dengan pembatalan, penggantungan dan pembaharuan perakuan pengamalan hendaklah terpakai bagi semua orang yang disifatkan mempunyai perakuan pengamalan yang sah di bawah subseksyen (1).

Kecualian bagi daftar

Report