Bagi maksud Akta ini, hendaklah ada—
seorang Pendaftar Pergigian; dan
seorang Pendaftar Juruterapi Pergigian.
Pengarah Kanan hendaklah menjadi Pendaftar Pergigian, yang hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:
pengeluaran perakuan kepada pengamal pergigian; dan
penyenggaraan Daftar Pergigian, Daftar Perakuan
Pengamalan Sementara Pergigian dan Daftar Bersyarat.
Undang-Undang Malaysia 26
Ketua Profesion Juruterapi Pergigian hendaklah menjadi
Pendaftar Juruterapi Pergigian, yang hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:
pengeluaran perakuan kepada juruterapi pergigian; dan
penyenggaraan Daftar Juruterapi Pergigian dan Daftar
Perakuan Pengamalan Sementara Juruterapi Pergigian.
Daftar Pergigian, Daftar Juruterapi Pergigian, Daftar
Bersyarat, Daftar Perakuan Pengamalan Sementara Pergigian dan Daftar Perakuan Pengamalan Sementara Juruterapi Pergigian hendaklah disenggara dalam kedua-dua bentuk fizikal dan elektronik sebagaimana yang ditetapkan.