Akta Pergigian 2018 · Updated to 26 Jun 2018 · Bab 4
43. Menjalankan amalan sebagai juruterapi pergigian
Feedback & supportSeseorang juruterapi pergigian dalam sektor swasta hendaklah menjalankan amalan pergigian hanya di bawah pengawasan secara langsung seorang doktor pergigian.
Bagi maksud seksyen ini, “pengawasan secara langsung”
ertinya seorang doktor pergigian hendaklah hadir pada setiap masa di kemudahan jagaan kesihatan semasa juruterapi pergigian menjalankan apa-apa rawatan mengikut pelan rawatan yang diluluskan oleh doktor pergigian.
Seseorang juruterapi pergigian yang menjalankan amalan pergigian dalam sektor swasta hendaklah menjalankan tatacara yang tersenarai dalam Jadual Kelima sahaja.
Seseorang juruterapi pergigian pascaasas yang menjalankan amalan pergigian dalam sektor swasta hendaklah menjalankan hanya tatacara yang tersenarai dalam Jadual Kelima dan Jadual Keenam berhubung dengan disiplin yang dia berkelayakan.
Seseorang juruterapi pergigian yang menjalankan amalan pergigian dalam sektor awam hendaklah menjalankan tatacara pergigian hanya di bawah pengawasan seorang doktor pergigian dalam sektor awam.
Undang-Undang Malaysia 44