Akta Pergigian 2018 · Updated to 26 Jun 2018 · Bahagian VII · Penguatkuasaan
70. Pegawai diberi kuasa
Feedback & supportKetua Pengarah boleh memberi kuasa secara bertulis mana-mana pegawai awam sebagai pegawai diberi kuasa untuk menjalankan kuasa penguatkuasaan di bawah Akta ini.
Pegawai diberi kuasa hendaklah dikeluarkan dengan kad kuasa mengikut apa-apa cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
Bagi mengelakkan keraguan, adalah diisytiharkan bahawa bagi maksud Akta ini, seorang pegawai diberi kuasa hendaklah mempunyai semua atau mana-mana kuasa seorang pegawai polis dalam apa jua pangkat berhubung dengan penyiasatan polis dalam kes boleh tangkap sebagaimana yang diperuntukkan di bawah
Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593], dan semua kuasa hendaklah sebagai tambahan kepada kuasa yang diperuntukkan di bawah
Akta ini dan tidak mengurangkan kuasanya.