Akta Pergigian 2018 · Updated to 26 Jun 2018 · Bahagian VI · Kesalahan
62. Larangan menjalankan amalan pergigian oleh orang yang tidak berdaftar
Feedback & supportSeseorang yang tidak didaftarkan di bawah Akta ini tidak boleh menjalankan amalan pergigian.
Bagi maksud subseksyen (1), seseorang hendaklah disifatkan sebagai menjalankan amalan pergigian mengikut pengertian Akta, jika—
dia merawat atau cuba untuk merawat atau mengaku untuk merawat, mengubati, melegakan atau mencegah apa-apa penyakit, kekurangan, lesi atau kesakitan pada gigi manusia atau kompleks oral dan maksilofasial dan struktur yang berkaitan dengannya;
dia melakukan atau cuba untuk melakukan apa-apa pembedahan atau tatacara ke atas gigi manusia atau kompleks oral dan maksilofasial dan struktur yang berkaitan dengannya;
dia memasukkan atau cuba untuk memasukkan apa-apa gigi buatan atau perkakas bagi pemulihan, pengaturan atau pembaikan gigi atau struktur yang berkaitan dengannya;
dia melakukan apa-apa kerja radiografi berkaitan dengan gigi manusia, rongga mulut atau kompleks oral dan maksilofasial dan struktur yang berkaitan dengannya;
dia melakukan atau cuba untuk melakukan pembedahan pembentukan semula dengan graf atau flap untuk memulihkan atau cuba untuk memulihkan kecacatan di bahagian oral dan maksilofasial;
Pergigian 57
dia melakukan atau cuba untuk melakukan plasti atau pemulihan oral dan muka di kompleks oral dan maksilofasial dan bahagian yang berkaitan dengannya;
dia memberikan apa-apa rawatan, nasihat atau layanan ke atas atau kepada mana-mana orang berkaitan dengan memasang atau memasukkan bagi maksud memasang atau melekapkan gigi buatan atau suatu korona atau jambatan atau suatu perkakas bagi pemulihan atau pengaturan gigi manusia atau kompleks oral dan maksilofasial;
dia memberi apa-apa ubat bius atau sedatif berkaitan dengan apa-apa pembedahan atau rawatan itu sebagaimana yang disebut dalam subseksyen ini; atau
dia mengemukakan dirinya sama ada secara langsung atau secara tidak langsung sebagai menjalankan amalan pergigian.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit atau dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya.
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menghalang seorang pengamal perubatan yang berdaftar di bawah
Akta Perubatan 1971 [Akta 50] daripada menjalankan apa-apa tatacara perubatan.