Mana-mana orang yang menjalankan amalan pergigian hendaklah mempunyai perakuan pengamalan yang sah.
Suatu perakuan pengamalan hendaklah menyatakan alamat pengamalan utama dan semua tempat pengamalan lain pengamal.
Suatu permohonan bagi perakuan pengamalan—
sebagai pengamal pergigian, hendaklah dibuat kepada
Pendaftar Pergigian; dan
sebagai juruterapi pergigian, hendaklah dibuat kepada
Pendaftar Juruterapi Pergigian.
Permohonan di bawah subseksyen (3) hendaklah dibuat dalam borang yang ditetapkan dan permohonan itu hendaklah disertakan dengan—
keterangan mengenai mata pembangunan profesional berterusan yang mencukupi yang diperoleh sebagaimana yang dinyatakan oleh Majlis atau Lembaga, mengikut mana-mana yang berkenaan;
keterangan mengenai Perlindungan Tanggung Rugi
Profesional sebagaimana yang dikehendaki oleh Majlis atau Lembaga;
Undang-Undang Malaysia 38
keterangan mengenai kelulusan atau pendaftaran di bawah
Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan
Swasta 1998 [Akta 586] bagi tiap-tiap kemudahan jagaan kesihatan swasta untuk dicatat dalam perakuan pengamalan;
fi yang ditetapkan dalam Jadual Keempat; dan
apa-apa dokumen atau keterangan lain, yang dikehendaki oleh Pendaftar Pergigian atau Pendaftar Juruterapi
Pergigian, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Jika Pendaftar Pergigian atau Pendaftar Juruterapi Pergigian meluluskan permohonan di bawah subseksyen (3), Pendaftar Pergigian atau Pendaftar Juruterapi Pergigian hendaklah mengeluarkan suatu perakuan pengamalan kepada pemohon yang membenarkan pemohon untuk menjalankan amalan sebagai seorang pengamal pergigian atau seorang juruterapi pergigian bagi tempoh dan di kemudahan jagaan kesihatan yang dinyatakan pada perakuan pengamalan itu.
Jika Pendaftar Pergigian atau Pendaftar Juruterapi Pergigian menolak permohonan di bawah subseksyen (3), Pendaftar Pergigian atau Pendaftar Juruterapi Pergigian hendaklah memberitahu pemohon mengenai keputusannya melalui suatu notis secara bertulis.
Mana-mana pemohon yang terkilan dengan keputusan
Pendaftar Pergigian atau Pendaftar Juruterapi Pergigian di bawah subseksyen (6) boleh, dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh notis dalam subseksyen (6), merayu secara bertulis kepada Majlis atau Lembaga, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Seseorang yang telah didaftarkan dalam masa dua tahun dari permohonan bagi suatu perakuan pengamalan hendaklah dikecualikan daripada menunjukkan keterangan bagi mata pembangunan profesional berterusan yang mencukupi yang diperoleh sebagaimana yang dikehendaki dalam perenggan (4)(a).
Walau apa pun perenggan (4)(a), mana-mana pengamal pergigian atau juruterapi pergigian yang tidak memperoleh mata pembangunan profesional berterusan yang mencukupi sebagaimana yang dinyatakan oleh Majlis atau Lembaga boleh merayu secara bertulis kepada Yang Dipertua atau Pengerusi, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Pergigian 39