Akta Pergigian 2018 · Updated to 26 Jun 2018 · Bab 2
29. Kelayakan bagi pendaftaran sebagai doktor pergigian
Feedback & supportSeseorang warganegara Malaysia boleh memohon kepada
Pendaftar Pergigian untuk didaftarkan sebagai doktor pergigian jika—
dia memegang kelayakan yang diberikan oleh institusi latihan tempatan yang diakreditasikan;
dia telah diperakui oleh Jawatankuasa Kelayakan
Pergigian sebagai telah memenuhi kehendak
Peperiksaan Kelayakan Profesional; dan
dia membuktikan sehingga Pendaftar Pergigian berpuas hati bahawa dia seorang yang layak dan sesuai dan mempunyai akhlak yang baik.
Walau apa pun perenggan (1)(a), seseorang warganegara
Malaysia yang tidak memegang suatu kelayakan yang diberikan oleh institusi latihan tempatan yang diakreditasikan boleh memohon kepada Pendaftar Pergigian untuk didaftarkan sebagai doktor pergigian jika—
dia telah menghadiri latihan pergigian di institusi latihan yang standard latihan pergigian dan peperiksaan di institusi latihan itu mencapai standard yang dinyatakan oleh Majlis;
dia membuktikan sehingga Majlis berpuas hati bahawa dia seorang yang layak dan sesuai dan mempunyai akhlak yang baik; dan
Undang-Undang Malaysia 30
dia, setelah memenuhi kehendak di bawah perenggan (a)
dan (b), lulus Peperiksaan Kelayakan Profesional yang dijalankan oleh Jawatankuasa Kelayakan Pergigian.
Majlis boleh memerintahkan pemohon dalam subseksyen (2)
untuk menjalani latihan lanjutan sebelum membenarkan pemohon itu menduduki Peperiksaan Kelayakan Profesional.
Bagi maksud seksyen ini, Jawatankuasa Kelayakan Pergigian ditubuhkan—
untuk menentukan standard dan penilaian Peperiksaan
Kelayakan Profesional bagi doktor pergigian;
untuk menjalankan Peperiksaan Kelayakan Profesional bagi doktor pergigian atau melantik mana-mana agensi lain untuk menjalankan Peperiksaan Kelayakan Profesional;
untuk memperakui mana-mana orang yang telah memenuhi kehendak Peperiksaan Kelayakan Profesional; dan
untuk menjalankan apa-apa peperiksaan bagi pendaftaran pakar pergigian.