Akta Pergigian 2018 · Updated to 26 Jun 2018 · Bahagian VIII · Pelbagai
78. Khidmat wajib
Feedback & supportKetua Pengarah atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah boleh mengeluarkan suatu notis bertulis kepada mana-mana doktor pergigian yang memperoleh pendaftaran di bawah seksyen 31 untuk memegang jawatan sebagai doktor pergigian dalam jawatan itu dan pada tarikh yang dinyatakan dalam notis bertulis.
Seseorang doktor pergigian yang disampaikan kepadanya notis bertulis di bawah subseksyen (1) hendaklah mematuhi notis bertulis itu, dan jika dia tidak berbuat demikian maka hendaklah disampaikan kepadanya notis tunjuk sebab oleh Yang Dipertua.
Mana-mana doktor pergigian yang disampaikan kepadanya notis tunjuk sebab di bawah subseksyen (2) hendaklah menjawab notis tunjuk sebab itu dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh penerimaan notis itu.
Jika Yang Dipertua menerima penjelasan dalam jawapan notis tunjuk sebab, dia hendaklah memutuskan tindakan yang perlu diambil ke atas doktor pergigian itu.
Jika Yang Dipertua menolak penjelasan dalam jawapan notis tunjuk sebab, dia hendaklah mengarahkan Pendaftar Pergigian untuk memotong nama doktor pergigian itu daripada Daftar Pergigian.
Jika mana-mana doktor pergigian tidak menjawab notis tunjuk sebab yang disampaikan di bawah subseksyen (2) dalam masa yang dinyatakan, Yang Dipertua hendaklah mengarahkan
Pendaftar Pergigian untuk memotong nama doktor pergigian itu daripada Daftar Pergigian.
Mana-mana doktor pergigian yang namanya telah dipotong daripada Daftar Pergigian di bawah subseksyen (5) atau (6)
boleh merayu secara bertulis kepada Menteri dan hendaklah, jika rayuannya dibenarkan, dimasukkan semula namanya ke dalam
Daftar Pergigian.
Keputusan Menteri di bawah subseksyen (7) boleh dibuat tertakluk kepada terma dan syarat sebagaimana yang difikirkan patut oleh Menteri.
Pergigian 67
Jika suatu notis bertulis di bawah subseksyen (1) telah disampaikan kepada mana-mana doktor pergigian, Ketua Pengarah boleh membatalkan notis bertulis itu dan, jika difikirkannya patut, menyebabkan notis bertulis lanjutan disampaikan kepada doktor pergigian itu.