Akta Pergigian 2018 · Updated to 26 Jun 2018 · Bahagian IX · Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan
93. Pemansuhan dan pembubaran
Feedback & supportAkta Pergigian 1971 dimansuhkan (Akta dimansuhkan).
Majlis Pergigian Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta dimansuhkan adalah dibubarkan (Majlis dibubarkan) dalam tempoh enam bulan dari tarikh ditetapkan.
Walau apa pun pemansuhan Akta Pergigian 1971 di bawah subseksyen (1), Akta dimansuhkan tidak menjejaskan perintah dan peraturan-peraturan yang dikeluarkan atau dibuat di bawah atau menurut Akta dimansuhkan dan berkuat kuasa sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini dan perintah dan peraturan-peraturan itu hendaklah kekal berkuat kuasa dan hendaklah terus berkuat kuasa seolah-olah tiap-tiap perintah dan peraturan-peraturan
Pergigian 75
itu dikeluarkan atau dibuat di bawah atau menurut Akta ini sehingga digantikan atau dibatalkan oleh mana-mana perintah atau peraturan-peraturan yang dikeluarkan atau dibuat di bawah atau menurut Akta ini.