Akta Pergigian 2018 · Updated to 26 Jun 2018 · Bahagian V · Prosiding Tatatertib
51. Pihak berkuasa tatatertib
Feedback & supportMajlis hendaklah mempunyai kuasa tatatertib ke atas semua pengamal, dan Lembaga hendaklah mempunyai kuasa tatatertib ke atas semua juruterapi pergigian, yang didaftarkan di bawah Akta ini.
Majlis boleh menjalankan kuasa tatatertib ke atas mana-mana pengamal dan Lembaga boleh menjalankan kuasa tatatertib ke atas mana-mana juruterapi pergigian—
yang telah bersalah kerana berkelakuan buruk dalam apa-apa jua aspek profesional;
yang telah melanggar mana-mana peruntukan Kod Tatalaku
Profesional atau apa-apa garis panduan yang diendors atau dikeluarkan oleh Majlis atau Lembaga, mengikut mana-mana yang berkenaan;
yang membenarkan seseorang yang tidak berdaftar untuk menjalankan amalan pergigian di premis yang digunakan oleh atau di bawah kawalan pengamal itu dalam pelaksanaan tugas profesionalnya;
yang dengan kehadiran, sokongan, nasihat, bantuan atau kerjasamanya telah membolehkan seseorang yang tidak berdaftar, sama ada digambarkan sebagai seorang pembantu atau selainnya, untuk menjalankan amalan pergigian;
Pergigian 49
yang menjalankan amalan pergigian atau menyediakan perkhidmatan pergigian di premis yang seseorang yang tidak berdaftar menjalankan amalan pergigian;
yang, berhubung dengan pengamal pergigian, membenarkan seseorang juruterapi pergigian untuk menjalankan amalan pergigian dalam sektor swasta apabila tidak di bawah pengawasan secara langsung seorang doktor pergigian yang memegang perakuan pengamalan tahunan yang sah;
yang, berhubung dengan pengamal pergigian, membenarkan seseorang juruterapi pergigian yang menjalankan amalan dalam sektor swasta untuk menjalankan tatacara pergigian yang tidak tersenarai dalam Jadual Kelima;
yang, berhubung dengan juruterapi pergigian yang menjalankan amalan dalam sektor swasta, menjalankan tatacara pergigian yang tidak tersenarai dalam Jadual
Kelima;
yang, berhubung dengan pengamal pergigian, membenarkan seseorang juruterapi pergigian pascaasas yang menjalankan amalan dalam sektor swasta, menjalankan tatacara yang tidak tersenarai dalam Jadual Kelima atau Jadual Keenam berhubung dengan disiplin yang dia didaftarkan;
yang, berhubung dengan juruterapi pergigian pascaasas yang menjalankan amalan dalam sektor swasta, menjalankan tatacara pergigian yang tidak tersenarai dalam Jadual Kelima atau Jadual Keenam berhubung dengan disiplin yang dia didaftarkan;
yang telah disabitkan oleh mahkamah di Malaysia atau di mana-mana tempat lain atas apa-apa kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan, sama ada hukuman penjara sahaja atau sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti denda;
yang telah memperoleh pendaftaran secara fraud atau salah nyataan;
yang pada masa pendaftarannya tidak berhak untuk didaftarkan;
Undang-Undang Malaysia 50
yang namanya telah dipotong daripada daftar pengamal pergigian atau daftar juruterapi pergigian, atau daripada daftar mana-mana maktab pergigian atau badan pelesenan yang disenggarakan di mana-mana tempat di luar Malaysia, akibat daripada apa-apa salah laku atau prosiding tatatertib;
atau
yang telah melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah
Akta ini.