Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 · Updated to 6 Oct 2023 · Bahagian VIII · Pemeriksaan dan Penyiasatan
104. Pemakaian seksyen 84 hingga 86
Feedback & supportJika Menteri memutuskan bahawa perlulah disiasat perniagaan dan hal ehwal sesuatu institusi kewangan pembangunan di bawah perenggan 103(1)(b), seksyen 84 hingga 86 ini hendaklah terpakai bagi institusi kewangan pembangunan itu seolah-olah institusi itu telah ditetapkan dengan apa-apa cara, sehingga apa-apa takat, dan dengan segala pindaan yang ditetapkan oleh Menteri, atas syor Bank.
Sesuatu perintah Menteri di bawah subseksyen (1) hendaklah disifatkan sebagai suatu bahagian penting dalam Akta ini dan dibaca sebagai sebahagian daripada Akta ini, dan hendaklah mempunyai kuat kuasa dan kesan yang sepenuhnya walau apa pun apa-apa jua yang tidak selaras dengan, atau berlawanan dengan Akta ini.