Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 · Updated to 6 Oct 2023 · Bahagian VIII · Pemeriksaan dan Penyiasatan
99. Orang yang ditangkap hendaklah diserahkan kepada pegawai polis
Feedback & supportSeseorang pegawai penyiasat yang membuat tangkapan di bawah seksyen 98 hendaklah menyerahkan orang yang ditangkap itu kepada pegawai polis tanpa kelengahan dan orang yang ditangkap itu hendaklah diperlakukan mengikut undang-undang yang berhubungan dengan tatacara jenayah yang sedang berkuat kuasa seolah-olah dia telah ditangkap oleh seorang pegawai polis.