Skip to content
In forceUpdated to 6 Oct 2023Read it in English
Contents

Bahagian VIII · Pemeriksaan dan Penyiasatan

99B. Penyerahan dokumen perjalanan

Feedback & support
(1)

Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, seorang pegawai penyiasat boleh, melalui notis secara bertulis, menghendaki mana-mana orang yang tertakluk pada suatu penyiasatan bagi suatu kesalahan di bawah Akta ini, untuk menyerahkan dokumen perjalanannya termasuk pasport atau permit keluar yang dalam milikannya, dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan dalam notis itu.

(2)

Suatu notis di bawah subseksyen (1) hendaklah disampaikan secara kediri kepada orang yang notis itu dialamatkan mengikut seksyen 99A.

(3)

Seseorang yang kepadanya suatu notis di bawah subseksyen (1)

disampaikan hendaklah mematuhi notis itu, yang kegagalannya untuk berbuat demikian boleh menyebabkan dia ditangkap dan dibawa ke hadapan seorang majistret.

(4)

Jika seseorang itu dibawa ke hadapan seorang majistret, melainkan jika orang itu mematuhi notis di bawah subseksyen (1) atau memuaskan hati majistret bahawa dia tidak memiliki suatu dokumen perjalanan, majistret itu hendaklah dengan waran menahan orang itu dalam penjara—

(a)

sehingga habis tempoh empat belas hari dari tarikh penahanannya itu; atau

(b)

sehingga dia mematuhi notis di bawah subseksyen (1), mengikut mana-mana yang berlaku lebih awal.

(5)

Bagi maksud subseksyen

(4)

, suatu perakuan yang ditandatangani oleh Pendakwa Raya yang bermaksud bahawa orang itu telah mematuhi notis bertulis di bawah subseksyen (1) hendaklah menjadi kebenaran yang mencukupi bagi Pesuruhjaya Penjara untuk melepaskan orang itu.

(6)

Seorang pegawai penyiasat boleh, dengan kelulusan bertulis

Bank, melalui notis secara bertulis yang dikeluarkan kepada

Institusi Kewangan Pembangunan 125

mana-mana pegawai imigresen, meminta supaya mana-mana orang yang tertakluk pada suatu penyiasatan berkenaan dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini dicegah daripada meninggalkan Malaysia.

(7)

Pegawai imigresen itu boleh, apabila diberitahu melalui suatu notis bertulis yang dibuat di bawah subseksyen (6), menghendaki orang yang tertakluk pada suatu penyiasatan berkenaan dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini, untuk menyerahkan pasportnya, permit keluarnya atau apa-apa dokumen perjalanannya yang lain yang dalam milikannya kepada seorang pegawai imigresen.

(8)

Tertakluk pada apa-apa perintah yang dikeluarkan atau dibuat di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan imigresen, “pegawai imigresen” ertinya mana-mana orang yang dilantik di bawah seksyen 3 Akta Imigresen 1959/63 [Akta 155].

Report

Bahagian IX

Pelbagai

Bahagian XIV

Bahagian XIV Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Penggal 2,

Bahagian XV

Bahagian XV Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, dan dalam pemakaian mana-mana peruntukan Akta ini bagi mana-mana orang, peruntukan itu hendaklah terpakai ter

Schedules