Skip to content
In forceUpdated to 6 Oct 2023Read it in English
Contents

Bahagian VIII · Pemeriksaan dan Penyiasatan

106E. Tindakan sivil oleh Bank

Feedback & support

Jika Bank mendapati bahawa terdapat kebarangkalian munasabah bahawa mana-mana orang akan melanggar atau telah melanggar atau akan memungkiri atau telah memungkiri atau berkemungkinan tidak mematuhi atau telah tidak mematuhi—

(a)

mana-mana peruntukan Akta ini;

(b)

mana-mana peruntukan mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

(c)

apa-apa perintah yang dibuat atau arahan yang dikeluarkan oleh Bank di bawah Akta ini;

(d)

apa-apa standard, syarat, sekatan, penentuan atau kehendak di bawah Akta ini; atau

(e)

apa-apa tindakan yang diambil oleh Bank di bawah subseksyen 106A(3),

Bank boleh memulakan prosiding sivil di mahkamah untuk memohon apa-apa perintah yang ditentukan di bawah subseksyen 106F(1)

terhadap orang itu sama ada atau tidak orang itu telah dipertuduh atas suatu kesalahan berkenaan dengan pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu atau sama ada atau tidak pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu telah dibuktikan dalam suatu pendakwaan.

Report

Bahagian IX

Pelbagai

Bahagian XIV

Bahagian XIV Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Penggal 2,

Bahagian XV

Bahagian XV Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, dan dalam pemakaian mana-mana peruntukan Akta ini bagi mana-mana orang, peruntukan itu hendaklah terpakai ter

Schedules