Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 · Updated to 6 Oct 2023 · Bahagian VIII · Pemeriksaan dan Penyiasatan
99C. Agent provocateur
Feedback & supportWalau apa pun mana-mana undang-undang atau rukun undang-undang yang berlawanan, dalam mana-mana prosiding terhadap mana-mana orang bagi suatu kesalahan di bawah Akta ini—
tiada agent provocateur, sama ada dia seorang pegawai
Bank atau tidak, boleh dianggap menjadi seorang rakan sejenayah atau tidak boleh dipercayai hanya kerana dia telah cuba melakukan atau bersubahat dalam, atau telah bersubahat atau terlibat dalam komplot jenayah untuk melakukan, kesalahan itu sekiranya maksud utama percubaan, persubahatan atau penglibatan itu adalah untuk mendapatkan keterangan terhadap orang itu;
apa-apa pernyataan sama ada secara lisan atau bertulis yang dibuat kepada seorang agent provocateur oleh mana-mana orang, termasuk mana-mana orang yang kemudiannya dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah Akta ini, hendaklah boleh diterima sebagai keterangan dan diberi perhatian dan pertimbangan yang wajar dalam mana-mana perbicaraan bagi suatu kesalahan di bawah Akta ini; dan 126
Undang-Undang Malaysia
suatu sabitan bagi apa-apa kesalahan di bawah Akta ini semata-mata atas keterangan tanpa sokongan mana-mana agent provocateur tidak boleh menjadi tidak sah dan tiada sabitan sedemikian boleh diketepikan hanya kerana mahkamah yang membicarakan kes itu tidak menyebut dalam alasan penghakimannya keperluan untuk mengingatkan dirinya mengenai bahaya membuat sabitan atas keterangan sedemikian.