Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 · Updated to 6 Oct 2023 · Bahagian VIII · Pemeriksaan dan Penyiasatan
106L. Keterangan yang diperoleh dalam penyiasatan boleh digunakan dalam tindakan sivil
Feedback & supportWalau apa pun mana-mana undang-undang, apa-apa harta, rekod, laporan, dokumen, perkakas, peralatan, mesin, komputer, output komputer, sistem, data, buku, maklumat, artikel atau benda yang diperoleh oleh Bank dalam menjalankan kuasa penyiasatannya terhadap—
sesuatu institusi yang ditetapkan;
mana-mana pengarah atau pegawai institusi yang ditetapkan;
mana-mana ejen institusi yang ditetapkan; atau
mana-mana orang lain, boleh digunakan oleh Bank dalam suatu tindakan sivil yang dimulakan oleh Bank.
Bagi mengelakkan keraguan, apa-apa harta, rekod, laporan, dokumen, perkakas, peralatan, mesin, komputer, output komputer, sistem, data, buku, maklumat, artikel atau benda yang disebut dalam subseksyen (1) tidak boleh tidak diterima dalam mana-mana prosiding sivil di bawah Akta ini yang Bank ialah suatu pihak semata-mata disebabkan ia diperoleh oleh Bank dalam penjalanan kuasa penyiasatannya dan kebolehterimaan itu hendaklah ditentukan mengikut kaedah-kaedah bagi keterangan di bawah mana-mana undang-undang.