Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 · Updated to 6 Oct 2023 · Bahagian VIII · Pemeriksaan dan Penyiasatan
97. Pelepasan harta, rekod, laporan atau dokumen yang disita
Feedback & supportSeseorang pegawai penyiasat hendaklah, melainkan jika diperintahkan selainnya oleh mana-mana mahkamah—
pada akhir sesuatu penyiasatan atau apa-apa prosiding yang berbangkit daripada penyiasatan itu; atau
dengan keizinan bertulis terlebih dahulu daripada Bank atau mana-mana pegawai penyiasat yang berpangkat lebih tinggi daripadanya, pada bila-bila masa sebelum penyiasatan tamat, melepaskan apa-apa harta, rekod, laporan, dokumen, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku atau maklumat yang disita, ditahan atau dialihkan olehnya atau mana-mana pegawai penyiasat lain, kepada mana-mana orang yang ditentukan olehnya berhak di sisi undang-undang kepada harta, rekod, laporan, dokumen, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku atau maklumat itu jika dia berpuas hati bahawa harta, rekod, laporan, dokumen, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku atau maklumat itu tidak diperlukan bagi maksud apa-apa pendakwaan atau prosiding di bawah Akta ini, atau bagi maksud apa-apa pendakwaan di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain.
Institusi Kewangan Pembangunan 121
Pegawai penyiasat yang melaksanakan pelepasan di bawah subseksyen (1) hendaklah merekodkan secara bertulis hal keadaan, dan sebab bagi pelepasan itu.
Jika seorang pegawai penyiasat tidak dapat mengesan orang yang berhak menurut undang-undang atas harta, rekod, laporan, dokumen, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku atau maklumat itu pegawai penyiasat itu hendaklah menyebabkan untuk disiarkan suatu notis di laman sesawang Bank meminta mana-mana orang yang berhak menurut undang-undang atas harta, rekod, laporan, dokumen, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku atau maklumat itu untuk menuntut harta, rekod, laporan, dokumen, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku atau maklumat itu dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu.
Jika tiada tuntutan dibuat apabila habis tempoh yang ditentukan dalam notis yang disiarkan di bawah subseksyen (3), pegawai penyiasat itu hendaklah membuat suatu permohonan secara bertulis kepada mahkamah mengenai pelupusan harta, rekod, laporan, dokumen, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku atau maklumat itu.
Mahkamah apabila menerima permohonan di bawah subseksyen (4) dan setelah berpuas hati bahawa orang yang berhak menurut undang-undang atas harta, rekod, laporan, dokumen, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku atau maklumat itu tidak dapat dikesan hendaklah memerintahkan supaya harta, rekod, laporan, dokumen, perkakas, kelengkapan, jentera, komputer, output komputer, sistem, data, buku atau maklumat itu dilucut hak atau dilupuskan oleh Bank mengikut perintah yang dibuat oleh mahkamah itu.