Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 · Updated to 6 Oct 2023 · Bahagian VIII · Pemeriksaan dan Penyiasatan
106F. Perintah oleh mahkamah
Feedback & supportMahkamah boleh, atas suatu permohonan oleh Bank di bawah seksyen 106E, membuat satu atau lebih perintah yang berikut:
Institusi Kewangan Pembangunan 137
suatu perintah yang menghendaki orang itu untuk membayar suatu amaun yang tidak melebihi tiga kali ganda—
amaun kasar keuntungan wang yang diperoleh atau kerugian yang dielakkan oleh orang itu berbangkit daripada pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu; atau
amaun wang yang menjadi hal perkara pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan;
suatu perintah yang menghendaki orang itu membayar suatu penalti sivil apa-apa amaun yang mahkamah berpendapat wajar setelah mengambil kira keseriusan atau beratnya pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu, tetapi dalam apa-apa keadaan tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit;
suatu perintah—
yang menahan orang itu daripada terlibat dalam apa-apa kelakuan tertentu; atau
yang menghendaki pemberhentian pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu;
suatu perintah yang mengarahkan seseorang untuk melakukan suatu perbuatan tertentu;
suatu perintah yang mengarahkan orang itu atau mana-mana orang lain yang didapati terlibat dalam pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu untuk mengambil apa-apa langkah yang diarahkan oleh mahkamah untuk mengurangkan kesan pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu;
138
Undang-Undang Malaysia
suatu perintah yang mengarahkan institusi yang ditetapkan untuk meremedi pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu termasuk membuat restitusi kepada mana-mana orang lain yang terkilan dengan pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu;
jika seorang telah enggan atau tidak mematuhi apa-apa tindakan yang diambil oleh
Bank di bawah subseksyen 106A(3), suatu perintah yang mengarahkan orang itu untuk mematuhi tindakan yang diambil oleh Bank itu; dan
apa-apa perintah lain yang disifatkan wajar oleh mahkamah termasuk apa-apa perintah sampingan yang disifatkan wajar berikutan dengan pembuatan suatu perintah di bawah mana-mana peruntukan dalam subseksyen ini.
Mahkamah boleh membuat suatu perintah di bawah subseksyen (1) terhadap seseorang—
yang ialah pengarah, pengawal, pegawai atau rakan kongsi suatu pertubuhan perbadanan atau pertubuhan yang tidak diperbadankan, atau pernah berupa sebagai bertindak atas apa-apa sifat yang sedemikian; atau
yang terlibat dalam pengurusan hal ehwal suatu pertubuhan perbadanan atau pertubuhan yang tidak diperbadankan, dalam hal yang pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu telah dilakukan oleh pertubuhan perbadanan atau pertubuhan yang tidak diperbadankan melainkan jika orang itu membuktikan bahawa pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu telah dilakukan tanpa dipersetujui atau dibiarkan olehnya dan dia telah melakukan segala usaha yang wajar untuk mencegah pelakuan pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu sebagaimana yang patut dilakukan olehnya, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan hal keadaan itu.
Sekiranya suatu pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan dilakukan oleh seseorang—
Institusi Kewangan Pembangunan 139
yang ialah pengarah, pengawal, pegawai atau rakan kongsi suatu pertubuhan perbadanan atau pertubuhan yang tidak diperbadankan, atau yang pernah berupa sebagai bertindak atas apa-apa sifat yang sedemikian; atau
yang terlibat dalam pengurusan hal ehwal pertubuhan perbadanan atau pertubuhan yang tidak diperbadankan, suatu perintah di bawah subseksyen (1) boleh dibuat terhadap pertubuhan perbadanan atau pertubuhan yang tidak diperbadankan itu.
Apa-apa jumlah yang diperintahkan oleh mahkamah di bawah subseksyen (1), hendaklah digunakan—
pertamanya, untuk membayar balik kepada Bank segala kos prosiding berkenaan dengan pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu; dan
keduanya, untuk membayar orang yang terkilan dengan pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu dalam hal suatu perintah di bawah perenggan (1)(f); atau
ketiganya, untuk membayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada
Kumpulan
Wang
Disatukan
Persekutuan melainkan jika mahkamah memerintahkan supaya apa-apa jumlah atau bahagian jumlah itu digunakan untuk membayar pampasan kepada orang yang telah menanggung kerugian berbangkit daripada pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu.
Sekiranya institusi yang ditetapkan mendapati adalah tidak praktikal untuk memberikan suatu remedi kepada orang yang disebut dalam perenggan (1)(f) memandangkan amaun yang bakal diagihkan kepada setiap orang atau kesulitan untuk mengenal pasti atau memaklumkan orang yang sepatutnya diberikan suatu remedi, institusi yang ditetapkan itu hendaklah menyerah simpan amaun itu dengan
Pendaftar
Wang
Tak
Dituntut mengikut peruntukan
Akta Wang Tak Dituntut 1965.
140
Undang-Undang Malaysia
Mahkamah boleh membatalkan atau mengubah suatu perintah yang dibuat olehnya di bawah seksyen ini atau menggantung kuat kuasa perintah itu.
Kuasa yang diberikan kepada mahkamah di bawah seksyen ini adalah sebagai tambahan kepada mana-mana kuasanya yang lain, dan tidak mengurangkan kuasanya yang lain yang diperuntukkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain.
Permohonan yang disebut dalam subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa dalam masa enam tahun dari tarikh Bank menyedari tentang pelanggaran, kemungkiran atau ketidakpatuhan itu.