Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 · Updated to 6 Oct 2023 · Bahagian VIII · Pemeriksaan dan Penyiasatan
106G. Tindakan sivil untuk menuntut pampasan
Feedback & supportJika mana-mana orang—
telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain; atau
telah dikompaun di bawah seksyen 113 atas apa-apa kesalahan yang dilakukan olehnya, dan kesalahan itu telah mengakibatkan, atau menyebabkan, atau berikutan dengan berlakunya kesalahan itu, mengakibatkan, atau menyebabkan, apa-apa jenis atau bentuk kerugian atau kerosakan kepada sesuatu institusi yang ditetapkan, Bank boleh memulakan tindakan sivil di mahkamah bagi maksud menuntut tanggung rugi daripada orang yang disebut dalam subseksyen (2).
Orang yang berikut hendaklah bertanggungan secara bersesama dan berasingan untuk menanggung rugi institusi yang ditetapkan secara penuh bagi apa-apa kerugian atau kerosakan kepada institusi yang ditetapkan:
orang yang disabitkan atas kesalahan itu, atau orang yang dikompaun di bawah seksyen 113 atas kesalahan itu; dan
Institusi Kewangan Pembangunan 141
mana-mana pengarah, pegawai atau pengawal institusi yang ditetapkan, mana-mana orang lain yang berupa sebagai bertindak atas apa-apa sifat yang sedemikian, atau mana-mana orang yang dengan apa-apa cara jua atau sedikit sebanyaknya bertanggungjawab bagi pengurusan hal ehwal institusi yang ditetapkan, atau mana-mana orang yang membantu dalam pengurusan itu.
Mahkamah boleh, setelah menyemak suatu permohonan oleh
Bank, membuat suatu perintah menentukan amaun wang yang orang yang disebut dalam subseksyen (2) bertanggungan untuk menanggung rugi institusi yang ditetapkan.
Orang yang disebut dalam subseksyen (2) tidak bertanggungan untuk menanggung rugi institusi yang ditetapkan sekiranya—
kesalahan itu dilakukan tanpa diketahui, dipersetujui atau dibiarkan olehnya; dan
dia telah mengambil semua langkah berjaga-jaga yang munasabah dan telah melakukan segala usaha yang wajar untuk mencegah pelakuan kesalahan itu sebagaimana yang patut diambil atau dilakukan olehnya, dengan mengambil kira jenis fungsinya dan semua hal keadaan yang kesalahan itu dilakukan.
Suatu amaun yang diperintahkan oleh mahkamah di bawah subseksyen (3) hendaklah digunakan—
pertamanya, untuk membayar balik kepada Bank segala kos prosiding untuk menuntut tanggung rugi itu; dan
keduanya, untuk memberi pampasan kepada institusi yang ditetapkan.
Tindakan sivil di bawah subseksyen (1) boleh dimulakan pada bila-bila masa dalam masa enam tahun dari tarikh orang itu telah disabitkan atas kesalahan di bawah Akta ini atau undang-undang bertulis lain atau dikompaun di bawah seksyen 113.
142
Undang-Undang Malaysia