Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 · Updated to 6 Oct 2023 · Bahagian VIII · Pemeriksaan dan Penyiasatan
106A. Kuasa Bank untuk mengambil tindakan
Feedback & supportSeseorang telah melakukan suatu kemungkiran di bawah
Akta ini sekiranya orang itu tidak mematuhi atau melaksanakan—
mana-mana peruntukan Akta ini;
mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
apa-apa perintah yang dibuat atau apa-apa arahan yang dikeluarkan di bawah Akta ini oleh Bank; atau
mana-mana standard, syarat, sekatan, penentuan atau kehendak di bawah Akta ini.
Bank hendaklah mengambil kira perkara yang berikut dalam menentukan tindakan sewajarnya yang hendak diambil dalam setiap hal:
keberkesanan tindakan penguatkuasaan yang hendak diambil di bawah Akta ini;
perkadaran tindakan yang hendak diambil dengan kemungkiran yang dilakukan;
pencegahan kemungkiran masa hadapan yang serupa keadaannya oleh orang lain; dan
Institusi Kewangan Pembangunan 131
apa-apa perkara lain yang dipertimbangkan sebagai berkaitan pada pendapat Bank.
Sekiranya pada pendapat Bank seseorang telah melakukan suatu kemungkiran dan adalah wajar untuk mengambil tindakan terhadap orang itu, Bank boleh, tertakluk pada seksyen 123B, mengambil mana-mana satu atau lebih daripada tindakan yang berikut:
membuat suatu perintah secara bertulis menghendaki orang yang mungkir itu—
untuk mematuhi atau melaksanakan; atau
untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa perbuatan untuk memastikan pematuhan, mana-mana peruntukan, peraturan-peraturan, perintah, arahan, standard, syarat, sekatan, penentuan atau kehendak yang disebut dalam subseksyen (1);
tertakluk pada subseksyen (4), mengenakan suatu penalti monetari—
mengikut perintah yang disiarkan dalam Warta yang dibuat di bawah seksyen 106C atau sekiranya tiada perintah dibuat, mengikut apa-apa amaun yang Bank berpendapat patut, tetapi dalam apa-apa keadaan tidak melebihi lima juta ringgit dalam hal suatu kemungkiran yang dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan atau pertubuhan yang tidak diperbadankan atau satu juta ringgit dalam hal suatu kemungkiran yang dilakukan oleh mana-mana individu;
yang tidak melebihi tiga kali ganda amaun kasar keuntungan wang yang diperoleh atau kerugian yang dielakkan oleh orang itu yang berbangkit daripada kemungkiran itu; atau 132
Undang-Undang Malaysia
yang tidak melebihi tiga kali ganda amaun wang yang menjadi hal perkara kemungkiran itu, mengikut mana-mana yang lebih berat bagi setiap kemungkiran atau ketidakpatuhan;
mencela secara bertulis orang yang mungkir itu atau menghendaki orang yang mungkir itu untuk mengeluarkan suatu kenyataan umum berhubung dengan kemungkiran itu, sekiranya pada pendapat Bank kemungkiran itu berkaitan untuk maklumat orang awam;
membuat suatu perintah secara bertulis menghendaki orang yang mungkir itu untuk mengambil apa-apa langkah sebagaimana yang diarahkan oleh
Bank untuk mengurangkan kesan kemungkiran itu; atau
membuat suatu perintah secara bertulis menghendaki institusi yang ditetapkan untuk meremedi kemungkiran itu termasuk membuat restitusi kepada mana-mana orang lain yang terkilan dengan kemungkiran itu.
Bank boleh mengenakan suatu penalti monetari di bawah perenggan (3)(b) hanya berkenaan dengan yang berikut:
kemungkiran mana-mana peruntukan yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga;
kemungkiran apa-apa kehendak di bawah mana-mana peruntukan lain di bawah Akta ini jika tiada kesalahan diperuntukkan bagi ketidakpatuhan kehendak itu;
kegagalan untuk mematuhi mana-mana kehendak yang dikenakan di bawah peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini jika tiada peruntukan bagi pengenaan penalti diperuntukkan mengikut perenggan 123(2)(b); atau
kegagalan untuk mematuhi mana-mana standard, perintah, arahan, kehendak, syarat, penentuan, sekatan atau selainnya
Institusi Kewangan Pembangunan 133
yang dibuat atau dikenakan menurut mana-mana peruntukan yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga.
Sekiranya suatu kemungkiran dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan atau pertubuhan yang tidak diperbadankan, mana-mana tindakan di bawah subseksyen (3) boleh diambil terhadap seseorang—
yang ialah pengarahnya, pengawalnya, pegawainya atau rakan kongsinya, atau pernah berupa untuk bertindak atas sifat sedemikian; atau
yang terlibat dalam pengurusan hal ehwalnya, pada masa kemungkiran itu melainkan jika orang itu menunjukkan bahawa kemungkiran itu telah dilakukan tanpa dipersetujuinya atau dibiarkan olehnya dan dia telah melaksanakan segala usaha untuk mencegah kemungkiran itu sebagaimana yang patut dilaksanakan olehnya, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan hal keadaan itu.
Sekiranya suatu kemungkiran dilakukan oleh seseorang—
yang ialah pengarah, pengawal, pegawai atau rakan kongsi suatu pertubuhan perbadanan atau pertubuhan yang tidak diperbadankan, atau berupa sebagai bertindak atas sifat sedemikian; atau
yang terlibat dalam pengurusan hal ehwal suatu pertubuhan perbadanan atau pertubuhan yang tidak diperbadankan, suatu tindakan di bawah subseksyen (3) boleh diambil terhadap pertubuhan perbadanan atau pertubuhan yang tidak diperbadankan itu.
Bagi maksud perenggan (3)(e), dalam menentukan sama ada apa-apa amaun perlu dibayar oleh seseorang yang mungkir, Bank hendaklah mengambil kira—
sama ada seorang atau lebih telah menanggung kerugian atau terjejas berbangkit daripada kemungkiran itu; atau 134
Undang-Undang Malaysia
keuntungan yang terakru kepada orang yang mungkir itu.
Apa-apa penalti monetari yang dibayar oleh seseorang mengikut perenggan (3)(b) hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.
Jika seseorang gagal untuk membayar penalti monetari yang dikenakan oleh Bank di bawah perenggan (3)(b) dalam tempoh yang ditentukan oleh Bank, penalti yang dikenakan oleh Bank itu boleh dibawa guaman baginya atau didapatkan kembali sebagai suatu hutang sivil yang kena dibayar kepada Kerajaan.
Jika seseorang gagal untuk meremedi kemungkiran termasuk membuat restitusi kepada mana-mana orang lain yang terkilan disebabkan kemungkiran di bawah perenggan (3)(e), walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis lain, Bank boleh membawa guaman bagi dan mendapatkan balik amaun itu sebagai suatu hutang sivil yang kena dibayar kepada orang yang terkilan oleh kemungkiran itu.
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menghalang Bank daripada mengambil apa-apa tindakan yang ia diberi kuasa untuk mengambil di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis.