Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 · Updated to 6 Oct 2023 · Bahagian VII · Juruaudit dan Akaun
64. Kehilangan kelayakan juruaudit
Feedback & supportTiada institusi yang ditetapkan boleh dengan disedarinya melantik sebagai juruauditnya seseorang, dan tiada seorang pun boleh dengan disedarinya bersetuju untuk dilantik sebagai juruaudit sesuatu institusi yang ditetapkan oleh institusi yang ditetapkan itu atau oleh
Bank, jika orang itu—
bukan seorang juruaudit syarikat yang diluluskan;
Institusi Kewangan Pembangunan 93
mempunyai apa-apa kepentingan secara langsung atau tidak langsung mengenai institusi yang ditetapkan itu, termasuk kepentingan mengenai syernya;
merupakan seorang pengarah, pengawal atau pekerja institusi yang ditetapkan itu;
berhutang dengan institusi yang ditetapkan itu atau dengan mana-mana perbadanan berkaitan institusi yang ditetapkan itu;
telah disabitkan atas mana-mana kesalahan di bawah Akta ini atau *Akta Syarikat 1965, atau apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain yang melibatkan fraud atau kecurangan.
(Dipotong oleh Akta A1502).
Walau apa pun subseksyen (1), Bank boleh meluluskan secara bertulis seseorang yang hilang kelayakan menurut subseksyen (1)
untuk dilantik sebagai seorang juruaudit jika Bank berpuas hati bahawa pelantikan itu tidak akan bertentangan dengan kepentingan institusi yang ditetapkan itu.
Bagi maksud subseksyen (1), seseorang itu hendaklah disifatkan sebagai pekerja sesuatu institusi yang ditetapkan—
jika dia seorang pekerja sesuatu perbadanan berkaitan bagi institusi yang ditetapkan itu; atau
kecuali jika Bank, dalam hal keadaan kes itu, mengarahkan selainnya, jika dia telah, dalam tempoh dua belas bulan sebelum itu, menjadi seorang pekerja atau penaja institusi yang ditetapkan itu atau perbadanan berkaitannya.
Melainkan jika diluluskan oleh Bank di bawah subseksyen (3), seseorang juruaudit bagi sesuatu institusi yang ditetapkan yang hilang kelayakan di bawah subseksyen (1) atau seksyen 9
*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777] yang berkuat kuasa pada 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.
94
Undang-Undang Malaysia
*Akta Syarikat 1965 hendaklah dengan serta-merta berhenti menjadi juruaudit institusi yang ditetapkan itu.
(Dipotong oleh Akta A1502).