Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 · Updated to 6 Oct 2023 · Bahagian VII · Juruaudit dan Akaun
74. Penyata suku tahunan
Feedback & supportSesuatu institusi yang ditetapkan hendaklah mengemukakan kepada Bank berkenaan dengan pengendaliannya bagi setiap suku tahunan sesuatu tahun kalendar dua salinan bagi setiap yang berikut mengikut bentuk, dan dalam masa yang ditentukan oleh Bank:
penyata hasil berserta dengan penyata sokongannya;
akaun untung rugi dan kunci kira-kira berserta dengan penyata sokongannya; dan
perakuan bagi dokumen yang disebut dalam perenggan (a)
atau (b) yang ditandatangani oleh ketua pegawai eksekutif dan pekerja yang bertanggungjawab bagi pengurusan kewangannya.
(Dipotong oleh Akta A1502).
Institusi Kewangan Pembangunan 101
Standard perakaunan
*75. (1) Bagi maksud seksyen ini—
“penyata kewangan” mempunyai erti yang sama seperti yang dinyatakan dalam piawaian perakaunan yang diluluskan yang dikeluarkan atau diluluskan oleh Lembaga Piawaian Perakaunan
Malaysia di bawah Akta Pelaporan Kewangan 1997 [Akta 558];
“piawaian perakaunan yang diluluskan” mempunyai erti yang sama seperti dalam Akta Pelaporan Kewangan 1997.
Sesuatu institusi yang ditetapkan hendaklah menyediakan penyata kewangannya mengikut—
piawaian perakaunan yang diluluskan tertakluk pada mana-mana standard sebagaimana yang ditentukan oleh
Bank; atau
dalam ketiadaan apa-apa piawaian perakaunan yang diluluskan, mana-mana standard sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.
Jika penyata kewangan sesuatu institusi yang ditetapkan yang telah mendapat kelulusan di bawah subseksyen 33B(1) untuk menjalankan perniagaan kewangan Islam disediakan mengikut perenggan (2)(a), penyata kewangan itu disifatkan telah disediakan mengikut piawaian perakaunan yang diluluskan setakat yang penyata kewangan itu berhubung dengan perniagaan kewangan Islamnya.
Akaun tahunan dan penyata suku tahunan yang hendak dibetulkan