Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 · Updated to 6 Oct 2023 · Bahagian VII · Juruaudit dan Akaun
73. Akaun tahunan
Feedback & supportSesuatu institusi yang ditetapkan hendaklah, dalam masa sembilan puluh hari selepas akhir setiap tahun kewangan, atau apa-apa tempoh lanjut yang diluluskan oleh Bank, mengemukakan kepada
Bank, berkenaan dengan keseluruhan pengendaliannya di dalam dan di luar Malaysia, satu salinan setiap satu yang dicetak dan dalam bentuk rekod yang disimpan atau dirakamkan dengan cara elektronik pada bahan tara elektronik dokumen yang berikut dalam apa-apa bentuk yang ditentukan oleh Bank:
akaun hasil yang diaudit dengan sewajarnya berserta dengan penyata sokongan;
akaun untung rugi dan kunci kira-kira yang diaudit dengan sewajarnya berserta dengan penyata sokongan;
perakuan oleh juruaudit;
laporan oleh lembaga pengarah tentang pengendaliannya dalam tahun kewangan itu; dan
akuan berkanun oleh seorang daripada pengarah bukan eksekutifnya dan ketua pegawai eksekutifnya berkenaan dengan perkara dalam perenggan (a), (b) dan (d).
(Dipotong oleh Akta A1502).
Akaun hasil, akaun untung rugi dan kunci kira-kira yang dibentangkan di hadapan mesyuarat agung sesuatu institusi yang ditetapkan atau yang dikemukakan kepada Pendaftar Syarikat atau
Ketua Pendaftar Koperasi hendaklah dalam bentuk yang ditentukan oleh Bank dan amaun yang terdapat dalam akaun hasil, akaun untung rugi dan kunci kira-kira itu hendaklah sama dengan amaun yang dilaporkan di bawah seksyen ini dan apa-apa pembatasan berkenaan
100
Undang-Undang Malaysia dengan penyata di bawah seksyen ini hendaklah juga dimasukkan ke dalam akaun itu.
Sesuatu institusi yang ditetapkan hendaklah mengemukakan kepada Bank dalam masa enam puluh hari dari tarikh laporan juruauditnya atau apa-apa tempoh lanjut yang diluluskan Bank—
suatu salinan apa-apa laporan yang dibuat oleh juruauditnya kepada lembaga pengarahnya berikutan dengan pengauditan akaun tahunannya; dan
suatu laporan tentang tindakan yang diambil oleh lembaga pengarahnya tentang laporan juruaudit itu.
(Dipotong oleh Akta A1502).