Skip to content
In forceUpdated to 6 Oct 2023Read it in English

Bahagian VII · Juruaudit dan Akaun

80. Liabiliti jika rekod perakaunan dan maklumat tidak disimpan

Feedback & support
(1)

Jika rekod perakaunan atau maklumat yang perlu untuk menunjukkan dan menjelaskan urusan dan keadaan kewangan sebenar sesuatu institusi yang ditetapkan tidak disimpan, bekas pekerja dan pekerja sekarang institusi yang ditetapkan itu yang bertanggungjawab bagi menyimpan rekod perakaunan atau maklumat yang sepatutnya, melakukan suatu kesalahan melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu dilakukan tanpa persetujuan atau pembiarannya dan bahawa dia telah melakukan segala usaha wajar untuk mencegah pelakuan kesalahan itu sebagaimana yang patut dilakukan olehnya, setelah diambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan hal keadaan.

(1A)

Bagi maksud subseksyen (1), “rekod perakaunan” mempunyai erti yang sama seperti dalam **Akta Syarikat 1965.

*CATATAN—Bagi pemakaian untuk Bank Simpanan Nasional–lihat subsubperenggan 2(b)(ii) Perintah

Institusi Kewangan Pembangunan (Bank Simpanan Nasional) (Ubahsuaian) 2004 [P.U. (A) 147/2004]

yang berkuat kuasa pada 15 Februari 2002.

**CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]

yang berkuat kuasa pada 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.

Institusi Kewangan Pembangunan 105

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau kedua-duanya.

Report

Bahagian VIII

Pemeriksaan dan Penyiasatan

Bahagian IX

Pelbagai

Bahagian XIV

Bahagian XIV Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Penggal 2,

Bahagian XV

Bahagian XV Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, dan dalam pemakaian mana-mana peruntukan Akta ini bagi mana-mana orang, peruntukan itu hendaklah terpakai ter

Schedules