Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 · Updated to 6 Oct 2023 · Bahagian VII · Juruaudit dan Akaun
76. Section 76
Feedback & supportBank boleh, dengan notis secara bertulis, menghendaki sesuatu institusi yang ditetapkan supaya mengemukakan maklumat atau penjelasan tambahan berhubung dengan apa-apa dokumen
*CATATAN—Kecualian am–lihat subseksyen 111(2) dan (3) Akta Institusi Kewangan Pembangunan
(Pindaan) 2015 [Akta A1502] yang berkuat kuasa pada 31 Januari 2016.
102
Undang-Undang Malaysia atau maklumat yang dikemukakan di bawah seksyen 73 atau 74 dalam apa-apa masa yang ditentukan oleh Bank.
(Dipotong oleh Akta A1502).
Bank boleh menghendaki maklumat atau penjelasan tambahan itu diperakui oleh juruaudit institusi yang ditetapkan itu.
Bank boleh, selepas menimbangkan penjelasan yang disebut dalam subseksyen (1), atau jika penjelasan itu tidak diberikan oleh atau bagi pihak institusi yang ditetapkan itu dalam masa yang ditentukan—
menolak dokumen yang dikemukakan di bawah seksyen 73
atau 74; atau
mengarahkan institusi yang ditetapkan itu supaya mengubah dokumen atau kesemua dokumen berkaitan yang lain dalam apa-apa masa yang ditentukan dalam arahan itu.
Jika suatu arahan diberikan oleh Bank di bawah perenggan 4(b), dokumen yang berhubungan dengannya hendaklah disifatkan telah tidak dikemukakan sehinggalah dokumen itu dikemukakan semula dengan perubahan yang dikehendaki oleh arahan itu.
Bank, berdasarkan maklumat yang dapat diperoleh olehnya atau atas kajian semula penyata yang difailkan di bawah seksyen 74, boleh mengarahkan sesuatu institusi yang ditetapkan supaya mendapatkan pengesahan pematuhannya dengan seksyen 73 sebelum—
membentangkan akaunnya di hadapan mesyuarat agungnya; dan
menyiarkan akaunnya di bawah seksyen 78.
(Dipotong oleh Akta A1502).
Institusi Kewangan Pembangunan 103