Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 · Updated to 6 Oct 2023 · Bahagian VII · Juruaudit dan Akaun
71. Juruaudit hendaklah melaporkan perkara tertentu kepada Bank
Feedback & supportSeseorang juruaudit hendaklah dengan serta-merta melaporkan kepada Bank jika, dalam penjalanan tugasnya sebagai juruaudit sesuatu institusi yang ditetapkan, dia berpuas hati bahawa—
telah berlaku suatu pelanggaran atau ketidakpatuhan mana-mana peruntukan Akta ini atau apa-apa penentuan atau kehendak yang dibuat; atau mana-mana perintah bertulis, suruhan, arahan, atau notis yang diberikan, atau apa-apa takat, terma, syarat atau sekatan yang dikenakan di bawah Akta ini;
Institusi Kewangan Pembangunan 97
suatu kesalahan yang melibatkan fraud atau kecurangan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain telah dilakukan oleh institusi yang ditetapkan itu atau mana-mana pekerjanya;
kerugian telah ditanggung oleh institusi yang ditetapkan itu yang mengurangkan wang modalnya sehingga takat yang menjadikan institusi yang ditetapkan itu tidak lagi dapat mematuhi penentuan Bank di bawah subseksyen 38(1);
apa-apa ketidakteraturan yang memudaratkan kepentingan pemegang kepentingan institusi yang ditetapkan itu, atau apa-apa ketidakteraturan lain yang serius, telah berlaku;
dia tidak dapat mengesahkan tuntutan pemegang kepentingan institusi yang ditetapkan itu;
terdapat apa-apa kelemahan dalam kawalan dalaman yang berkaitan dengan proses pelaporan kewangan yang dijalankan oleh institusi yang ditetapkan itu; atau
kedudukan kewangan institusi yang ditetapkan itu mungkin atau telah terjejas secara material oleh mana-mana keadaan, penjalanan aktiviti oleh institusi yang ditetapkan itu atau apa-apa kelemahan dalam kawalan dalaman institusi yang ditetapkan itu.
(Dipotong oleh Akta A1502).
Walau apa pun apa-apa tanggungjawab tentang kerahsiaan atau sekatan yang lain ke atas penzahiran maklumat yang dikenakan oleh mana-mana undang-undang bertulis atau selainnya, juruaudit sesuatu institusi yang ditetapkan itu tidaklah bertanggungan bagi kemungkiran obligasi kerahsiaan antara juruaudit itu dengan institusi yang ditetapkan itu kerana membuat laporan kepada Bank secara suci hati menurut subseksyen (1).
98
Undang-Undang Malaysia