Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 · Updated to 6 Oct 2023 · Bahagian VII · Juruaudit dan Akaun
69. Laporan juruaudit
Feedback & supportSeseorang juruaudit sesuatu institusi yang ditetapkan hendaklah mengemukakan suatu laporan audit kepada anggota institusi yang ditetapkan itu dan laporan itu—
dalam hal institusi yang ditetapkan yang merupakan suatu syarikat, hendaklah dibuat mengikut seksyen 174
*Akta Syarikat 1965; dan
dalam hal institusi yang ditetapkan, selain suatu syarikat, hendaklah memperakui sama ada atau tidak pada pendapat juruaudit itu—
segala maklumat dan penjelasan yang pada pendapat juruaudit itu perlu bagi maksud audit itu telah diperoleh;
mengikut maklumat dan penjelasan yang terbaik yang diberikan kepadanya, akaun untung rugi dan kunci kira-kira memberikan gambaran yang benar dan adil tentang keadaan hal ehwal institusi yang ditetapkan itu bagi tahun kewangan yang berkenaan;
buku akaun telah disimpan dengan sepatutnya oleh institusi yang ditetapkan itu setakat yang nyata daripada pengauditan akaun itu; dan
penyata yang sepatutnya yang memadai bagi maksud pengauditan itu telah diterima olehnya daripada
*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777] yang berkuat kuasa pada 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.
96
Undang-Undang Malaysia pejabat institusi yang ditetapkan itu yang tidak dikunjungi.
(Dipotong oleh Akta A1502).