Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 · Updated to 6 Oct 2023 · Bahagian VII · Juruaudit dan Akaun
72A. Perlindungan bersyarat dan obligasi kerahsiaan
Feedback & supportTertakluk pada subseksyen (2), subseksyen 119(3) tidak terpakai bagi mana-mana dokumen atau maklumat yang berhubungan dengan hal ehwal atau akaun mana-mana pelanggan sesuatu institusi yang ditetapkan yang dizahirkan oleh juruaudit sesuatu institusi yang ditetapkan kepada Lembaga Pengawasan Audit yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 atau seorang pegawai atau orang lain yang diberi kuasa secara bertulis oleh Lembaga Pengawasan
Audit untuk melaksanakan tanggungjawab Lembaga Pengawasan
Audit.
Penzahiran di bawah subseksyen (1) hendaklah tertakluk pada apa-apa syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.
Seorang juruaudit sesuatu institusi yang ditetapkan tidak bertanggungan—
bagi kemungkiran obligasi kerahsiaan antara juruaudit dengan institusi yang ditetapkan itu berkenaan dengan apa-apa pelaporan kepada Bank yang dibuat dengan suci hati di bawah Bahagian ini; atau
untuk dibawa guaman di mana-mana mahkamah bagi fitnah berkenaan dengan apa-apa pernyataan yang dibuat oleh
Institusi Kewangan Pembangunan 99
juruaudit itu tanpa niat jahat dalam penunaian kewajipannya di bawah Akta ini.